7 TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA

7 TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA

Putrajaya sebagai sebuah pusat pelancongan yang berfalsafah untuk industri pelancongan negara dengan menerokai beberapa monumen simbolik di sini.

Di bawah kami telah menyusun 7 tempat menarik di Putrajaya untuk memudahkan anda merancang percutian ke sana kelak.

BACA JUGA DI SINI : APA ITU GISB?

PUTRAJAYA SECRET GARDEN

Taman lampu yang dinamakan sebagai Putrajaya Secret Garden ini bakal menyinari hidup anda dan keluarga di waktu malam.Putrajaya Secret Garden ialah salah satu daripada 7 tempat menarik di Putrajaya.

Taman ini terletak di Taman Putra Perdana Presint 1 dan berhadapan dengan Hotel Pulse Grande. Ia juga merupakan garisan penamat buat Putrajaya Steps.

Jika anda sudah mendaki Putrajaya Steps nanti, berehat-rehat lah di taman ini. Namun, buat pengetahuan anda, tarikan utama taman ini terletak pada sebelah malam. Tepat jam 7pm, lampu-lampu LED yang berwarna-warni dan melingkari setiap sudut taman ini dihidupkan.

Lampu-lampu LED yang menghiasi taman ini memang cukup cantik. Juraian-juraian lampu yang jatuh dari pokok-pokok, cebisan-cebisan lampu yang terselit di pokok-pokok bush dan garisan-garisan lampu yang diletak khas di sekitar taman ini membuatkan seluruh Putrajaya Secret Garden ini kelihatan seperti taman dalam filem avatar, Pandora.

Buat anda yang akan ke sini bersama keluarga, kanak-kanak kecil tentu akan kagum dengan skulptur 3D yang diperbuat dengan lampu-lampu LED ini. Ada yang berbentuk dinosaur tau.

Taman ini memang cukup cantik dan sesuai dijadikan tempat date night, bergambar bersama rakan-rakan ataupun tempat beriadah malam bersama keluarga.

Alamat : Taman Putra Perdana, Jalan Putra Perdana, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

ASTAKA MOROCCO

Nikmati keindahan seni bina Morocco atau Maghribi bila menjejakkan kaki ke Astaka Morocco.

Di dalam taman ini, terdapat binaan replika istana Morocco yang dihasilkan dengan penuh ketelitian di mana dindingnya dihiasi dengan motif ukiran yang indah termasuklah ayat Al-Quran.

Setiap sudut replika istana ini iaitu pada bahagian dinding, pintu, siling dan tiangnya memiliki ukiran yang cukup halus penghasilannya.

Walaupun kawasan ini secara keseluruhannya tidak begitu besar, namun keterujaan melihat hasil ukiran dan gaya seni binanya boleh membuat sesiapa pun terpukau sampai terlupa waktu.

Namun begitu, sekiranya anda ingin berfotografi di sini, anda perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu daripada pengawal keselamatan kerana terdapat caj lebih yang akan dikenakan.

Alamat : Astaka Morocco, Taman Botani Putrajaya, Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya

Waktu Operasi : Rabu – Isnin (9.00 am – 12.00 pm & 2.00 pm – 5.00 pm) | Jumaat (9.00 am –11.00 pm & 3.00 pm – 5.00 pm) | Selasa (Tutup)

Harga Tiket : Dewasa RM3 | Kanak-Kanak RM1

PANTAI FLORIDA

Pantai buatan ini berukuran sepanjang 100 meter dan terletak di dalam kawasan Anjung Floria. Dibuka pada 1 Mac yang lalu, pantai ini sudah pun menerima ramai pengunjung, terutama sekali dari golongan berkeluarga, pada hari minggu.

Pantai Floria ini sangat sesuai untuk anda datang berkelah bersama keluarga. Dilengkapi dengan kawasan lapang, air pancuran dan juga tempat duduk bertingkat, cukup selesa untuk para pengunjung.

Anda boleh juga melakukan aktiviti lain seperti memancing, berkayak, bermain bot kawalan jauh atau remote-controlled boats dan macam-macam lagi. Ambil masa untuk tenangkan fikirkan, kurangkan tekanan dan beriadah bersama keluarga di Pantai Floria.

Alamat : Pantai Floria, Presint 4, 62000 Putrajaya

Waktu Operasi : 9am-6.30pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)

Harga Tiket : Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1

ANJUNG FLORIA

Anjung Floria merupakan antara rekaan taman tercantik di Malaysia. Dengan jalanan berbatu, jambatan mini, dan alam semulajadi yang tumbuh mewah bersama bunga-bunga berwarna-warni, taman ini memang cukup indah.

Buat pengetahuan anda, setiap tahun Anjung Floria akan mengadakan pelbagai festival bunga di zon-zon yang berbeza termasuk Festival Orkid Antarabangsa.

Di dalam taman ini juga, anda akan berjumpa dengan beberapa zon. Yang utama sekali dikenali sebagai Royal Floria Putrajaya yang merupakan sebuah tempat ala greenhouse yang menempatkan pelbagai tumbuhan menarik dan menjadi venue untuk pelbagai festival bunga.

Sebuah lagi zon ialah Taman Persahabatan China-Malaysia yang merupakan sebuah taman yang direka khas untuk menghargai persahabatan dua hala negara kita dengan negara China.

Taman ini direka dan dihias dengan pelbagai arkitektur dan landskap yang berunsurkan budaya Cina. Pantai Floria yang kami kongsikan juga terletak di sini.

Alamat : Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi : 7am-7pm (setiap hari)

G2G ANIMAL GARDEN

G2G Animal Garden atau nama panjangnya Goat 2 Go Animal Garden adalah sebuah tarikan yang terletak di Sri Kembangan dan hanyalah dalam sekitar 4 km sahaja dari IOI City Mall. Bolehlah menuju ke sini alang-alang pulang dari IOI nanti.

Lawatan ke taman haiwan ataupun petting zoo ini dapat memberi peluang kepada anda sekeluarga untuk mendekati pelbagai jenis haiwan seperti kambing, burung kasuari, burung kakak tua, kuda padi, arnab dan sebagainya.

Yang bestnya, tidak seperti zoo lain, haiwan yang ada di sini boleh disentuh, mana tak seronoknya kan? Tidak cukup dengan itu, anda turut boleh melihat wajah comel haiwan-haiwan ini dengan lebih dekat sambil memberi makan.

Untuk menambahkan lagi keseronokan, anda boleh juga menaiki anak kuda yang terdapat di sini.

Alamat : Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor

Waktu Operasi : Isnin, Rabu – Ahad (10.00 am – 6.00 pm)

Harga Tiket : Dewasa RM29 | Kanak-Kanak RM24

SKYRIDES FESTIVALS PARK

Pengunjung berpeluang untuk menyaksikan keindahan panorama Putrajaya daripada aras ketinggian 150 meter dengan menaiki Skyride Balloon.

Pengunjung tidak perlu risau akan perasaan gayat seperti terbang menaiki belon udara panas di My Balloon Adventure kerana Skyride Balloon ini disambungkan menggunakan tali pada permukaan bumi dan terhad pada ketinggian tersebut sahaja.

Di samping itu, lokasi ini juga menawarkan peluang kepada pengunjung untuk melakukan aksi seperti dalam program realiti television iaitu “America Ninja Warrior” apabila berada di Sky Warrior Putrajaya.

Pengunjung mampu menguji kekuatan diri dengan berlari di atas laluan sukar, bergayut atau melompat melepasi cabaran akan menimbulkan perasaan keterujaan dan bersemangat untuk melepasi setiap halangan.

Lokasi ini menawarkan kelainan yang tidak terdapat di mana-mana lokasi pelancongan di Malaysia. Selain itu, Skyride Festivals Park juga menawarkan aktiviti Sky Kid iaitu belon air kepada pengunjung cilik. Pengalaman ini pasti akan menggembirakan mereka apabila berada di dalam belon tersebut sambil bermain air di kolam yang tersedia.

Skyride Festivals Park juga telah menyediakan Sky Gallery bagi pengunjung yang berhajat untuk membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan ataupun sebagai hadiah kepada sanak saudara yang belum lagi berpeluang untuk datang ke taman festival ini.

Pengunjung juga tidak akan dikenakan apa-apa bayaran jika hanya ingin melihat taman festival ini dan pastinya merupakan peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan untuk datang ke Skyride Festivals Park Putrajaya.

Alamat : Jalan P2m, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi : Ahad – Khamis (10.00 am – 10.00 pm) | Jumaat – Sabtu (10.00 am – 12.00 am)

TAMAN WETLAND PUTRAJAYA

Keindahan taman ini menyaksikan gabungan unsur alam semula jadi dengan struktur binaan manusia yang saling melengkapi dan memberi ketenangan serta penghayatan sebagai sebuah destinasi pelancongan.

Pelbagai hidupan akuatik terdapat di taman Wetland Putrajaya menyemarakkan lagi keindahan alam dan membuktikan bahawa persekitaran taman yang terjamin kebersihannya serta ekosistem kehidupan yang sihat.

Dapat dikatakan taman Wetland Putrajaya merupakan syurga pelbagai spesies burung air serta ikan yang perlu dipelajari oleh setiap pengunjung.

Kehadiran burung-burung tersebut pasti akan menarik minat kanak-kanak yang pastinya belum pernah melihat kehidupan tersebut di persekitaran semula jadi. Justeru, pengunjung seharusnya tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri kehidupan semula jadi walaupun tidak berpeluang pergi taman negara di kawasan luar bandar.

Lokasi pelancongan taman Wetland Putrajaya ini mempunyai ini nilai falsafah tersendiri yang menuntut supaya dihayati oleh pengunjung sebagai suatu organisasi yang saling memerlukan antara manusia dengan hidupan semula jadi.

Alamat : Taman Wetland Putrajaya, Presint 13, 62000 Putrajaya

Waktu Operasi :

Taman Wetland: Setiap Hari (7.00 am – 7.00 pm)
Jadual Perjalanan Tram: Sesi Pagi (9.30 am & 11.30 am) | Sesi Petang (3.00 pm & 4.00. pm)
Masuk: Percuma

Tiket : Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM4

Sewa Basikal :

Hari Bekerja : Single RM8 / Jam | Single + Baby Carrier RM9 / Jam
Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah: Single RM10 / Jam | Single + Baby Carrier RM12 / Jam
Lawatan Berpandu: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3

Rujuk di sini TOURISM MALAYSIA untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tempat-tempat yang menarik di Putrajaya.

Leave a Comment