AKREDITASI MQA : SEMAK DAN CETAK BIDANG PENGAJIAN LULUS MQA
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditubuhkan pada 1 November 2007 dengan berkuatkuasanya Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679).
MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti program pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini. Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang merupakan ’perlembagaan’ pengajian tinggi negara.
Adakah anda seorang lepasan asasi (foundation IPTS) atau diploma? Sekiranya begitu, sudahkah anda tahu bagaimana cara mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA? Buat pengetahuan semua, sebelum pemohon mengesahkan permohonan UPU, anda wajib memuat naik beberapa salinan dokumen yang bercetakan tanda cop sebagai bahan bukti permohonan. Salah satunya adalah anda wajib memuat naik salinan cetakan akreditasi daripada MQA.
BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN RAYUAN KE IPG 2024/2025 : MOHON DISINI
KELULUSAN MQA
Kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi bagi membolehkan IPT mengendalikan sesuatu program pengajian. Kelulusan wajib diperoleh sebelum IPT dibenarkan mengendalikan program pengajian.
Walau bagaimanapun, kelulusan ini tidak bermaksud satu-satu program itu telah diakredit oleh MQA atau telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Untuk menyemak bidang atau kursus yang lulus MQA anda boleh terus semak melalui portal ini :
Semakan kelulusan MQA setiap IPTA/IPTS :
- INSTITUSI AWAM/KERAJAAN
- INSTITUSI SWASTA
CARA MENDAPATKAN SALINAN KEPUTUSAN MQA
Berikut dikongsikan maklumat tentang panduan atau Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA untuk Permohonan UPU termasuk aplikasi online :
- Anda perlu layari ke laman rasmi MQA dengan klik pada pautan berikut :-
- Portal KELULUSAN MQA.
- Lihat disudut sebelah kiri dan klik Carian Kata Kunci (TUKAR KE BAHASA MELAYU).
- Masukkan kata kunci yang bersesuaian di bawah ruangan Nama Kelayakan dan Nama IPT (sebahagian atau nama penuh).
- Klik pada ikon Papar untuk program yang dikehendaki.
- Cetak maklumat program atau kelayakan yang dipaparkan (cetakan terus maklumat akreditasi tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa program atau kelayakan telah memperoleh Akreditasi MQA).
- Selesai cetak, bolehlah muat naik salinan akreditasi ini ke laman permohonan UPU.
KESAN KURSUS TIADA MQA
Kesan utamanya adalah tiada jaminan kualiti yang dapat diberikan oleh MQA terhadap program pengajian tersebut. Selain itu, pelajar mungkin menerima kesan-kesan lain daripada pihak yang menggunakan perakuan akreditasi MQA sebagai syarat untuk:
- Memohon melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara
- Memohon pemindahan kredit seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara;
- Memohon mendapatkan bantuan kewangan atau kemudahan pinjaman pendidikan seperti mana ditetapkan oleh pemberi pinjaman atau
- Dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam atau swasta seperti mana ditetapkan oleh JPA atau majikan swasta.
KENAPA PERLU ADA KELULUSAN MQA
- Pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tujuan pelantikan pertama sektor awam
- Pengiktirafan oleh badan profesional bagi tujuan amalan profesional
- Pembiayaan pengajian oleh badan-badan penaja seperti PTPTN/MARA
- Melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi
- Memudahkan pemindahan kredit
- Pengeluaran KWSP/PERKESO
SOALAN LAZIM MENGENAI MQA
Berikut disediakan soalan-soalan lazim yang pernah diutarakan kepada pihak MQA.Rujuk disini untuk menjawab beberapa soalan atau sebarang kemusykilan yang timbul.
MAKLUMAT LANJUT
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)
MERCU MQA
No. 3539, Jalan Teknokrat 7, Cyber 5
63000, Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA
N 3° 5.58″ E 101° 37.49″
+603-8688 1900
Sistem Pengurusan Pertanyaan dan Aduan