BANTUAN BAP 2025 : ANDA LAYAK MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 – SEMAK SEKARANG
Inisiatif BAP dikatakan mampu memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun hadapan.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH
APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen, Kuala Lumpur Jumaat lalu berkata, selain itu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini.
Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia :
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026 dan
- Murid bersekolah di sekolah :
- Kerajaan (SK)
- Bantuan Kerajaan (SBK)
- Agama
- Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
- Bimbingan Jalinan Kasih
- Integriti
- Henry Gurney
CARA PEMBAYARAN BAP
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke :
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
- Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
- Tunai atau disalurkan terus ke akaun bank murid
TARIKH BAYARAN BANTUAN BAP 2025
**Maklumat berkenaan dengan tarikh penyaluran BAP 2025 akan dimaklumkan kelak.
CARA MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025
Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.
Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).
Selain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025
Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.
- Borang PB1 : ( Borang permohonan)
- Borang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.facebook.com/KemPendidikan
- Instagram Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.instagram.com/kempendidikan