BANTUAN KHAS KEWANGAN SARAWAK BKKS (TERKINI) Bantuan BKK 2025
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada bulan depan.
“Jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua-dua insentif BKK tersebut dianggarkan RM190 juta,” katanya dalam ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Sementara itu, Abang Johari berkata sebagai tambahan kepada penyelarasan gaji dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai Jan tahun depan, kerajaan Sarawak bersetuju memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak.
BACA JUGA DI SINI : SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS) : [TERKINI] (Permohonan,Semakan Kelayakan,Jumlah Dan Tarikh Bayaran)
JUMLAH BANTUAN BKK 2025
Beliau turut mengumumkan BKK berjumlah RM700 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dan bantuan tersebut akan dibayar pada suku pertama tahun depan.
KUMPULAN PELAKSANA | KADAR ELAUN |
Gred 1 hingga Gred 4 (Kumpulan Pelaksana) | RM 500 |
Gred 5 hingga Gred 8 (Kumpulan Pengurusan Dan Professional) | RM 600 |
Gred 9 hingga Gred 15 (Kumpulan Pengurusan Tertinggi) | RM 700 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SARAWAK BKKS
Tarikh bayaran BANTUAN KHAS KEWANGAN SARAWAK BKKS belum lagi diumumkan.
SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK SKAS
Kerajaan Sarawak juga telah mengumumkan bantuan SKAS untuk rakyatnya.
Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya dalam membeli bahan makanan asas. Kelayakan untuk menerima bantuan ini berdasarkan pendapatan isi rumah dan status individu. Berikut adalah butiran bantuan yang diumumkan:
- Isi rumah dengan pendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM800.
- Warga emas tanpa pasangan atau mereka yang berpendapatan rendah (RM5,000 ke bawah) akan menerima RM400.
- Orang bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula layak mendapat RM250.
- Premier Abang Zohari berkata, bantuan ini akan memberikan sokongan kepada penerima dalam membeli bahan asas seperti beras, tepung, dan minyak masak yang penting untuk kelangsungan hidup harian.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info terkini mengenai bantuan ini, sila rujuk saluran berikut:
Facebook TVS atau Tiktok TVS
Laman web rasmi https://www.tvsarawak.my/
Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS
Sarawak Awareness Group