BANTUAN STR 2024 LOGIN : SEMAKAN STR FASA 3
Hampir 60% penduduk dewasa malaysia memanfaatkan bantuan sumbangan tunai rahmah (str) tahun ini.
Untuk makluman anda, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan Kerajaan yang disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang menepati kriteria syarat kelayakan dan amat perlu bagi harungi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari.
JADUAL PEMBAYARAN STR 2024 (FASA 3)
Tarikh Bayaran STR Fasa 3 | Anggaran Kredit Bayaran STR Fasa 3 Pada Akhir Bulan Ogos sehingga Awal Bulan September |
Bagaimanakah login str 2024? Apakah cara semakan status online fasa 3? Info lanjut di sini.
BACA JUGA DISINI : BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH (MOHON SEKARANG)
BANTUAN STR 2024 LOGIN
PANDUAN LENGKAP CARA LOGIN STR 2024 DAN SEMAKAN STATUS FASA 3.
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH LOGIN
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kiri di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No MyKad].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Anda akan di bawa ke Halaman SEMAK STATUS.
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
TERLUPA PASSWORD STR
Berikut adalah cara dapatkan balik password yang lupa atau hilang.
- Pertama klik RESET KATA LALUAN STR.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
TERLUPA EMAIL STR
Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas :
- Set semula Password melalui emel tidak boleh dibuat.
- Sahkan kata kunci keselamatan.
- Pemohon perlu menjawab 3 soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Password.
Sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat. Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline.
Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKK atau hadir ke Pejabat HASiL. Untuk set semula akaun STR. Selepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MySTR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang soalan atau pertanyaan, sila hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat bertujuan untuk memudahkan urusan carian pengguna.
Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
Pengguna juga boleh hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan tempat kediaman anda.