BANTUAN TUNAI KERAJAAN BUKAN eKASIH (SARA RM300/RM150)
Terkini! Ternyata masih ramai yang keliru antara bantuan SARA one off dengan SARA eKasih. Untuk makluman anda, Kerajaan Madani telah menyediakan bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off ini khusus kepada 8 juta orang penerima bantuan STR 2024, yang bukan daripada kumpulan miskin/miskin tegar eKasih.
Bagaimanakah semakan bantuan kerajaan sara bukan ekasih (RM300/150)? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
Baca Juga : BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 (MOHON ONLINE)
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) ONE OFF
BANTUAN TUNAI KERAJAAN BUKAN eKASIH (SARA RM300/RM150)
Bantuan tunai tambahan SARA one off, merupakan sumbangan yang disediakan oleh Kerajaan Madani, khusus kepada semua penerima bantuan STR 2024 (BUKAN Miskin/Miskin Tegar).
Setelah menerima bantuan STR Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4, penerima akan secara automatiknya menerima bantuan tunai tambahan akhir iaitu SARA one off (bayaran sekaligus) sebanyak RM300/RM150 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Kategori kelayakan adalah sama seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu kategori Isi rumah, Warga emas tiada pasangan dan Bujang. Kadar bantuan akan diberikan mengikut kategori masing-masing.
Kaedah pembayaran adalah melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank atau bagi penerima tiada akaun bank, pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan anda.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KERAJAAN SARA BUKAN EKASIH (SARA ONE OFF)
BANTUAN TUNAI KERAJAAN BUKAN eKASIH (SARA RM300/RM150)
Anda layak menerima bantuan tunai bukan kerajaan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
- Berstatus bukan daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
CARA MOHON BANTUAN KERAJAAN SARA BUKAN EKASIH (SARA ONE OFF)
Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerjaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang bukan dalam Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih. Ini bermakna, semua penerima STR 2024 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
Bagi semakan status pembayaran dan kelulusan bantuan SARA one off, anda boleh menggunakan kaedah semakan yang sama seperti untuk STR.
TARIKH PEMBAYARAN SARA
Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin). Pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat dan semakan kelayakan, dan status pembayaran boleh dilakukan mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.
CARA SEMAK BAYARAN SARA BUKAN EKASIH (SARA ONE OFF)
Berikut panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 :
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.Selesai.
KADAR BANTUAN
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (RM) |
Isi rumah | RM300 |
Warga emas tiada pasangan/ bujang (60 tahun keatas) | RM150 |
Bujang 21 hingga 59 tahun | RM150 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :
- Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR.
- Bagi penerima tanpa akaun bank / ‘Gagal Kredit’:Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.