BAYAR SAMAN TRAFIK ONLINE : BAYAR DI SINI
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Saman Polis Trafik PDRM, JPJ & AES secara atas talian (Online / SMS).
Pengguna jalan raya yang mempunyai saman di atas pelbagai kesalahan seperti melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah boleh dibayar secara online melalui platform seperti MyBayar Saman, MyEG.
Saman yang tertunggak juga boleh diselesaikan melalui perkhidmatan pembayaran saman yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN KELAYAKAN LESEN B FULL : SEMAK DI SINI
SEMAKAN SAMAN POLIS DI MYBAYAR PDRM/BAYAR SAMAN TRAFIK ONLINE
Perkhidmatan digital terkini MyBayar PDRM bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).
Cara-cara membuat semakan saman di Portal MyBayar PDRM adalah seperti berikut:
- Layari Portal MyBayar PDRM : https://mybayar.rmp.gov.my
- Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
- Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.Log masuk setelah selesai mendaftar.
- Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
- Buat Pembayaran secara online.
CARA CHECK SAMAN MELALUI PORTAL MYEG
- Layari laman web MyEG.
- Daftar akaun baru atau log masuk jika sudah mempunyai akaun.
- Anda boleh pilih menu “Jabatan Pengangkutan Jalan” atau “Polis Diraja Malaysia” untuk menyemak saman yang berkaitan.
- Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan.
- Klik “Semak” untuk melihat saman tertunggak.
CARA SEMAK SAMAN MELALUI PORTAL MYSIKAP
Semakan saman JPJ dan AES boleh dibuat melalui portal MySikap di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Sila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja ATAU Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.
- (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
- Senarai saman akan dipaparkan sekiranya nama dan kenderaan anda direkodkan dalam sistem.
- Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi talian 03-8000 8000.
CARA SEMAK SAMAN MELALUI PORTAL RASMI JPJ
- Kunjungi laman web JPJ.
- Klik pada “Saman” di menu utama.
CARA SEMAK SAMAN MELALUI APLIKASI MYJPJ
- Muat turun aplikasi MyJPJ di Google Play Store atau Apple App Store.
- Log masuk ke akaun atau daftar akaun baru.
- Pilih “Semakan Saman”.
- Masukkan maklumat kenderaan atau nombor IC untuk melihat saman.
CHECK SAMAN MELALUI SSO-PDRM
Portal Sistem Semakan Online (SSO) yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam menyemak status perkhidmatan polis, termasuk Status Laporan Polis dan Status Saman Trafik.
- Untuk menggunakan Portal SSO, sila layari: http://sso.rmp.gov.my/.
- Pengguna baharu perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Setelah itu, log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Untuk menyemak saman, klik pada ikon ‘Status Saman’ dan masukkan Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan anda.
SEMAKAN SAMAN MELALUI SMS
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak saman ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.
Melalui SMS 15888
SEMAKAN BIASA
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip
- POLIS SAMAN<NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke 15888
- Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke 15888
- * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
SEMAKAN TERPERINCI
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip
- POLIS SAMAN<NO KAD PENGENALAN> <EMAIL> dan hantar ke 15888
- Contoh : POLIS SAMAN 860421382341 [email protected] dan hantar ke 15888
- * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
MELALUI INTERNET
Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut:-
- Laman Interaktif Trafik PDRM (http://trafik.rmp.gov.my)
- Pendaftaran pengguna boleh di buat di semua Kaunter Trafik COPS Pejabat Trafik Daerah
- Semakan saman tertakluk kepada individua yang mendaftar sahaja
- Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak PDRM
SEMAKAN SAMAN MELALUI TRAFIK COPS
Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :-
- Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
- Kaunter Trafik COPS di JPJ yang terpilih :
- Kuantan
- Ipoh
- Wangsa Maju, Kuala Lumpur
- Padang Jawa, Selangor
- Terengganu
Kaunter Trafik COPS di UTC terpilih :
- Kiosk PDRM Melaka
- UTC Ipoh
- UTC Sentul
- UTC Kota Kinabalu
Kaunter POS Malaysia
- Semua Kaunter POS Malaysia
Mesin ATM Maybank
- Semua Mesin ATM Maybank