BIASISWA ISMP : SEMAK KEPUTUSAN BIASISWA DI SINI
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.
Bagi yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memohon tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk ditindikkan dengan kerjaya keguruan di KPM selepas tamat belajar kelak.
BACA JUGA DI SINI : PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA : MOHON DISINI
SYARAT PERMOHONAN BIASISWA ISMP
- Calon mestilah Warganegara Malaysia
- Umur calon tidak melebihi 25 tahun
- Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
- Kerajaan;
- Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
- memohon
- Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan
- Dibuka kepada pelajar Universiti Awam sahaja
CARA PERMOHONAN BIASISWA ISMP
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan PERMOHONAN BIASISWA ISMP.
- Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 – 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.
- Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.
- Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
- Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
- Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
- Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
- Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
- Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya
- terpilih.
- Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
- Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
- Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.
SEMAKAN BIASISWA ISMP
Sukacita dimaklumkan Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2024 boleh disemak mulai 03 September 2024 (Selasa), jam 3:00 petang.
CARA SEMAKAN BIASISWA ISMP
Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut: SEMAKAN BIASISWA ISMP
MAKLUMAT LANJUT
Kepada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan. Sekiranya pemohon mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, sila hubungi pegawai-pegawai seperti yang berikut untuk maklumat lanjut:
- Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia : 03-8321 7113 / 7138 / 7151 / 7157 / 7159
- E-mel: [email protected]
- Pautan pantas: https://ukcg.moe.gov.my/ismp/