BORANG PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL : MOHON DISINI SECARA ONLINE

BORANG PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL : MOHON DISINI SECARA ONLINE

Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik sudah dibuka.Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan satu pelan induk TVET negara bagi memantapkan lagi sistem pendidikan vokasional yang dimulakan sejak 2013 sehingga 2020, di mana berlakunya penstrukturan semula sekolah menengah vokasional dan sekolah menengah teknik kepada Kolej Vokasional (KV).

Salah satu daripada pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional, iaitu aliran (TVET).

Tahukah anda apakah itu aliran TVET dan bagaimana haluan kerjaya yang boleh dipilih dalam bidang ini?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aliran TVET, syarat kemasukan ke Sekolah Teknik @ Kolej Vokasional di Malaysia.

BACA JUGA DISINI : BORANG PERMOHONAN POLITEKNIK : MOHON SEKARANG

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

Sekolah Menengah Teknik (SMT) adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan pelajar yang berminat terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (STEM).

Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang menawarkan bidang seperti berikut:

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Perdagangan
  • Pertanian
  • Menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja
  • Sistem pembelajaran yang sama seperti sekolah biasa
  • Tempoh pengajian adalah 2 tahun (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)
  • Pelajar menduduki SPM dan akan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya


Setelah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari sama ada di institut pendidikan tinggi awam (IPTA) atau institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan dan seterusnya menjadi tenaga profesional.

PERBEZAAN SEKOLAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL

Disini dikongsikan perbezaan antara Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional :

PERBEZAAN SEKOLAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL

SYARAT PERMOHONAN SEKOLAH TEKNIK/SYARAT PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL

Pemilihan kemasukan murid ke KV/SMT bergantung kepada syarat-syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid (AJKPM)
Berikut merupakan syarat umum kemasukan murid iaitu :

  • Calon adalah Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasayang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
  • Calon bebas daripada masalah mental dan
  • Calon berminat dengan program dipohon

CARA PERMOHONAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

Permohonan boleh dibuat bermula 1 Ogos hingga 17 September 2024 melalui pautan ini :

[ BORANG PERMOHONAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (PERMOHONAN) ]

CARA PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL

Permohonan boleh dibuat bermula 1 Ogos hingga 17 September 2024 melalui pautan ini :

[ BORANG PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (PERMOHONAN) ]

**Untuk maklumat lanjut sila layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bahagian Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional di pautan ini PORTAL KPM.

MAKLUMAT LANJUT

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

+603 – 8884 5154
+603 – 8889 5047
[email protected]

2 thoughts on “BORANG PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL : MOHON DISINI SECARA ONLINE”

Leave a Comment