BORANG PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 : MUAT TURUN
Permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024 jam 5.00 petang.Kepada yang belum kemas kini 3 tahun berturut-turut perlu kemas kini permohonan STR 2025.
Kaedah Permohonan:
- Secara dalam talian di Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.
BACA JUGA DI SINI : DAFTAR EKASIH 2025 (DAFTAR ONLINE)
BORANG PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
- Pergi ke cawangan LHDNM yang berdekatan.
- Dapatkan borang permohonan di kaunter atau gunakan kiosk yang disediakan.
- Lengkapkan borang dan serahkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Pemohon juga boleh muat turun borang sumbangan tunai rahmah di bawah.
DOKUMEN SOKONGAN YANG MUNGKIN DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Sijil perkahwinan, perceraian, atau kematian pasangan (jika berkaitan).
- Salinan sijil kelahiran anak (jika memohon bagi pihak anak).
- Penyata pendapatan atau pengesahan pendapatan daripada majikan (jika berkenaan).
CARA KEMASKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 ONLINE
Di sini disediakan panduan mudah untuk anda membuat permohonan STR 2025. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan proses permohonan berjalan lancar:
- Sila kunjungi laman web rasmi di SUMBANGAN TUNAI RAHMAH.
- Masukkan no ic di ruang log masuk.
- Klik pada log masuk untuk mengakses maklumat terdahulu untuk dikemaskini.
- Isi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan benar.
- Pastikan anda mengesahkan maklumat yang telah diisi sebelum menghantar permohonan.
- Setelah selesai, klik Hantar untuk menyelesaikan proses permohonan anda.
CARA SEMAK STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Bagi mereka yang ingin mengetahui status permohonan, berikut merupakan cara untuk melakukan semakan:
- Layari SUMBANGAN TUNAI RAHMAH sekali lagi.
- Pilih MySTR dari menu.
- Masukkan kata laluan anda untuk akses.
- Anda akan dapat semak status pemohonan anda daripada laman yang dipaparkan.
- Seluruh proses permohonan tahun ini akan dibuka sepanjang tahun, memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memohon jika belum berkesempatan.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila rujuk :
Nombor untuk Dihubungi
Portal Rasmi STR LHDNM: Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.
Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya​