BORANG TABIKA KEMAS : MUAT TURUN DISINI UNTUK PERMOHONAN
Permohonan kemasukan ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS 2025 kini dibuka bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2024.Mohon sekarang!
Untuk maklumat para penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian.Rujuk disini untuk cara memohon Taska dan Tabika Kemas.
BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN PRASEKOLAH 2025 : MOHON DISINI SEKARANG
TASKA DAN TABIKA KEMAS
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun
SYARAT KEMASUKAN TASKA DAN SYARAT KEMASUKAN TABIKA KEMAS
- Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
- Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
- Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2025 akan dibuka mulai 01 OGOS hingga 31 OKTOBER 2024
- Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat serta di semua Tabika KEMAS.
- Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
- Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.
- Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
- Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
- Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2024.
BORANG TABIKA KEMAS
- Muat turun borang tabika kemas untuk membuat permohonan.Muat turun BORANG PERMOHONAN TABIKA KEMAS.
- Apabila borang telah lengkap, boleh terus hantar ke TABIKA pilihan anda.
BORANG TASKA
- Muat turun borang tabika kemas untuk membuat permohonan.Muat turun BORANG PERMOHONAN TASKA.
- Apabila borang telah lengkap, boleh terus hantar ke TASKA pilihan anda.
YURAN TABIKA KEMAS
- Kategori A : Wajib dibayar semasa pendaftaran
- Kategori B : Ibu Bapa/Penjaga boleh membuat pilihan samaada ingin membuat pembelian melalui pihak TABIKA atau pembelian sendiri bagi baju sukan dan pakaian seragam dengan kadar bayran adalah tertakluk pada Harga pasaran dan tidak lebih dari RM 30.00.
- Sumbangan bermakna komitmen bulanan yang WAJIB dibayar oleh Ibu Bapa/Penjaga setiap bulan diputuskan oleh Jawatankuasa Tabika Kemas.
- Sebarang pembayaran item yang tidak termaktub di salam senarai di atas adalah TIDAK DIBENARKAN.
DOKUMEN SEMASA PENDAFTARAN TABIKA KEMAS
- Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
- Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
- Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.
TARIKH PERMOHONAN TABIKA KEMAS/TARIKH PERMOHONAN TASKA
Permohonan kemasukan ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS akan dibuka bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Oktober 2024.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
Facebook : KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
Laman web : https://www.kemas.gov.my/
Telefon : 03-8891 2682