BUDI MADANI LOGIN : https://budimadani.gov.my/
BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Terdapat 3 kategori penerima iaitu MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu.
BACA JUGA DI SINI : TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 1/2/3/4
Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
TARIKH BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI RM200
Bagi penerima sedia ada, permohonan baharu dan rayuan yang telah diluluskan pada bulan Ogos, anda akan menerima bantuan tunai mulai 9 September 2024.
PERMOHONAN SEDIA ADA,BAHARU DAN RAYUAN | TARIKH BAYARAN |
1 – 31 OGOS 2024 | MULAI 9 SEPTEMBER 2024 |
1 – 30 SEPTEMBER 2024 | MULAI 8 OKTOBER 2024 |
1 – 31 OKTOBER 2024 | MULAI 7 NOVEMBER 2024 |
1 – 30 NOVEMBER 2024 | MULAI 6 DISEMBER 2024 |
1 – 31 DISEMBER 2024 | MULAI 7 JANUARI 2025 |
ANDA MASIH BELUM MEMOHON BANTUAN BUDI MADANI ?
Di sini kami kongsikan cara untuk memohon BANTUAN BUDI MADANI RM200 :
CARA MOHON BUDI MADANI
KATEGORI BUDI INDIVIDU
BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel.
Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.
Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu di dengan kaedah berikut :
- Layari laman web BUDI MADANI PROGRAM BANTUAN SUBSIDI MADANI
- Mendaftar akaun pengguna
- Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
- Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
- No. Mykad
- No. Telefon Bimbit Nama Bank
- No. Akaun Bank
- Alamat e-mel
- Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
- Jenama / Model Kenderaan
- Kelas Kegunaan Kenderaan
SYARAT MOHON BUDI MADANI INDIVIDU
BUDI MADANI LOGIN
Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:
- Pemohon Warganegara Malaysia
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN BUDI MADANI
Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.
Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mulai dibuka pada awal Jun 2024.
Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan terkini memaklumkan, penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima.
Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
CARA PEMBAYARAN BUDI MADANI
Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.
Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Lihat paparan di bawah untuk melihat contoh permohonan LULUS.
Untuk makluman, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT
Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:
Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
Alamat e-mel : [email protected]