CALCULATOR GAJI SSPA : RUJUK DI SINI CARA PENGIRAAN GAJI SSPA

CALCULATOR GAJI SSPA : RUJUK DI SINI CARA PENGIRAAN GAJI SSPA

Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

Berikut adalah pengumuman terkini yang disampaikan oleh Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

  • Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024
  • Ganjaran hanya diberikan pada kakitangan awam yang berkhidmat dengan setia, amanah dan cemerlang
  • Jangan pandang ringan dan remeh soal nilai dan integriti yang menjadi tonggak perkhidmatan awam
  • Kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada SPM atau setara
  • PM Anwar mahu suatu ikhtiar, iltizam serta pentadbiran baharu dilaksanakan tanpa tolak ansur oleh penjawat awam
  • Kerajaan rakam penghargaan kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali atas perkhidmatan cemerlang sepanjang dilantik sebagai KSN
  • Pelaksanaan SSPA adalah satu keputusan adil kepada penjawat awam, bukan tarik minat dan sokongan
  • Kerajaan akan melaksanakan Rasionalisasi Pejabat-Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri berkuatkuasa pada 1 Januari 2025
  • Kerajaan akan laksana sistem penilaian prestasi tahunan baharu bagi menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan kepada MyPERFORMANCE
  • Ketua Jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib, jejaskan peluang kenaikan pangkat
  • Kerajaan bersetuju untuk menambah baik aspek pengurusan prestasi, tatakelakuan dan pengurusan tatatertib
  • Kenaikan pangkat, penempatan pegawai berpadanan dengan kompetensi sesuatu perjawatan (right person for the right post)

BACA JUGA DI SINI : CEK SAMAN POLIS : SEMAK SECARA ONLINE DAN SMS DI SINI

TARIKH PELAKSANAAN & FASA PELARASAN GAJI SSPA 2024-2026

  • Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2
  • Pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2
  • Pelarasan gaji akan dilaksanakan secara 2 fasa untuk mengelakkan inflasi.
    • Kumpulan Pelaksana dan pengurusan profesional :
      • Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 8%
      • Fasa 2 (1 Jan 2026) : 7%
    • Kumpulan Pengurusan Tertinggi :
      • Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 4 %
      • Fasa 2 ( 1 Jan 2026) : 3 %

SIMULASI JUMLAH PENDAPATAN BULANAN

SIMULASI JUMLAH PENDAPATAN BULANAN

CALCULATOR GAJI SSPA

Untuk membuat pengiraan klik pautan yang di sediakan ini :

[ CALCULATOR GAJI SSPA ]

MAKLUMAT LANJUT

Jabatan Perdana Menteri, Aras LG & G, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya, Malaysia
Tel : 603-8872 6817 (Urusan Am Pejabat) & 603-8888 2010 (Pertanyaan SOP) | Fax : 603-8888 3021 |

Leave a Comment