CARA DAFTAR BANTUAN MYKAD 2025 : DAFTAR ONLINE
APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2025?Bantuan MyKAD Madani adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat yang memerlukan.
Program ini menawarkan bantuan kewangan bernilai sehingga RM1,200 kepada penerima yang layak.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka.
BACA JUGA DI SINI : MYKASIH DAFTAR 2025 (PERMOHONAN BAHARU MYKASIH ONLINE)
TARIKH PEMBAYARAN MYKAD RM 1200 2025
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025
Agihan bantuan akan dilakukan secara ansur sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Berikut adalah jadual agihan untuk tahun 2025:
- Januari 2025
- Februari 2025
- Mac 2025
- April 2025
- Mei 2025
- Jun 2025
- Julai 2025
- Ogos 2025
- September 2025
- Oktober 2025
- November 2025
- Disember 2025
Nota Penting: Tarikh agihan mungkin berubah mengikut keperluan dan akan dikemaskini apabila pengumuman rasmi dibuat.
JUMLAH BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Jumlah bantuan yang diterima bergantung kepada kategori penerima. Berikut adalah pecahan kadar agihan:
Isi Rumah:
- RM1,200 (Berdaftar e-Kasih)
- RM900 (Tidak Berdaftar e-Kasih)
Warga Emas:
- RM1,200 (Berdaftar e-Kasih)
- RM450 (Tidak Berdaftar e-Kasih)
Bujang:
- RM600 (Berdaftar e-Kasih)
- RM0 (Tidak Berdaftar e-Kasih)
CARA DAFTAR BANTUAN MYKAD 2025
Berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan, penerima Bantuan MyKAD Madani adalah pemohon yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oleh itu, pemohon perlu membuat permohonan STR seperti berikut :
- Sila layari pautan portal rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan] sebagai ‘Bujang’.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
PENDAFTARAN eKASIH BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025
Ikuti cara pendaftaran e-Kasih untuk menerima Bantuan MyKAD yang bernilai RM1,200 di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon).
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKAD Madani yang bernilai RM1,200, ikuti panduan semakan status di bawah :
- Sila layari pautan Portal Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
*Sekiranya permohonan telah dilakukan, pemohon perlu mendaftar sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar di bawah rekod data e-Kasih.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, anda boleh menghubungi:
Laman Bantuan: https://mykasih.com.my/contact-us/
Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel: [email protected]