CARA DAFTAR MYKASIH UNTUK SURI RUMAH : MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih adalah inisiatif kemanusiaan yang ditawarkan oleh Yayasan MyKasih untuk membantu golongan berpendapatan rendah di Malaysia, terutamanya keluarga dalam kategori B40.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dengan menyediakan bantuan makanan asas secara langsung.
Dengan menggunakan teknologi tanpa tunai, MyKasih memastikan bantuan sampai kepada penerima secara efisien dan telus.
Penerima boleh menggunakan kad khas atau akaun MyKasih untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang terlibat, membantu mereka memenuhi keperluan harian tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN RM100 SETIAP BULAN TAHUN 2025 : Permohonan & Semakan
APA ITU MYKASIH 2025
MyKasih merupakan satu pertubuhan untuk membantu golongan yang memerlukan dan berpendapatan rendah termasuklah keluarga dan pelajar. Dibawah MyKasih, terdapat program bantuan untuk membantu golongan tersebut iaitu Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bagi memenuhi keperluan barangan asas.
Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima bantuan STR dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di eKasih. Oleh itu pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon bantuan STR dan berdaftar dengan eKasih (golongan miskin). Penerima Bantuan STR dan golongan Miskin Tegar akan menerima bantuan ini secara automatik.
Bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima, untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas bulanan, di 600 kedai runcit yang terpilih untuk program MyKasih.
CIRI-CIRI UTAMA PROGRAM MYKASIH
Bantuan Berasaskan Keperluan: Penerima boleh menggunakan bantuan yang diberikan untuk membeli barang keperluan asas di kedai runcit atau pasar raya yang terpilih.
- Tanpa Tunai: Transaksi dilakukan secara elektronik dengan menggunakan kad MyKad atau MyKasih.
- Pemantauan Telus: Pembelian dipantau untuk memastikan dana digunakan untuk keperluan asas seperti makanan dan barang dapur.
- Kerjasama Awam-Swasta: Program ini sering melibatkan sokongan daripada syarikat korporat yang menyumbang dana untuk membantu golongan B40 (berpendapatan rendah).
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH DAFTAR 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA MYKASIH DAFTAR 2025/CARA DAFTAR MYKASIH UNTUK SURI RUMAH
Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:
Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan permohonan baharu STR 2025 https://portalpermohonan.my/permohonan-baharu-str-2025/
Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Selesai.
MYKASIH SEMAKAN STATUS
Semakan status dan kelayakan bantuan MyKasih/SARA boleh dilakukan melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
JUMLAH BAYARAN
Kadar bantuan MyKasih/SARA 2025 dalam tempoh 12 bulan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
Isi Rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
BILA TARIKH BAYARAN
Bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
CARA BAYARAN
Kaedah pengkreditan dilakukan adalah secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad penerima. Penerima boleh membuat pembayaran MyKasih di dalam premis ayng terpilih dengan menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas.
CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS EKASIH
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk MyKasih adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak berwajib, sila hubungi talian bantuan MyKasih (603) 7720 1800 .