CARA MEMOHON PTPTN : RUJUK DISINI
Menyambung pengajian tinggi di UA/ IPTS dan lain-lain institusi adalah pilihan buat pelajar. Namun, kos pengajian menjadi masalah utama buat pelajar dari kalangan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Panduan buat lepasan SPM/ STPM atau setaraf yang mendapatkan tawaran untuk melanjutkan pengajian ke UA/ IPTA . Adakah anda memerlukan pinjaman pelajaran atau bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian tersebut? Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) secara online.
Buat pengetahuan semua, sebenarnya Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan oleh kerajaan dengan tujuan untuk membantu pelajar IPTA/ IPTS dengan memberikan pinjaman pelajaran kepada mereka yang berkelayakan. Dengan adanya pinjaman ini, secara tidak langsung ia dapat meringankan bebanan para pelajar sepanjang tempoh pengajian.
BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/IPTS/POLITEKNIK
SYARAT MOHON PTPTN ONLINE
Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Online termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi.Berikut adalah syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon
- Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon
- Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun
- Tiada penaja lain
- Telah membuka akaun SSPN-i**
NOTA PENTING
Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN
** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan pinjaman pendidikan. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.
CARA MEMOHON PTPTN ONLINE
- Langkah pertama sebelum anda teruskan cara memohon ptptn,anda perlu membuka akaun SSPN-i terlebih dahulu di mana-mana cawangan Agrobank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat atau cawangan PTPTN bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i.
- Setelah itu, anda perlu membeli nombor PIN PTPTN di mana-mana cawangan kaunter BSN dengan nilai seunit RM5.00 sahaja. Nombor PIN ini perlu disimpan untuk kegunaan semasa membuat permohonan secara online. Tempoh sah nombor PIN ini adalah selama 6 bulan bermula dari tarikh pembelian anda
- Seterusnya, anda boleh membuat pendaftaran permohonan secara online menerusi laman web rasmi PTPTN. Diingatkan, laman web berkenaan hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 ke atas
- Selesai permohonan online, anda boleh membuat semakan status permohonan sama ada anda layak menerima pembiayaan PTPTN atau sebaliknya
- Sekiranya permohonan anda berjaya, anda perlu membuka akaun simpanan bank mengikut panel bank yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN kerana pembiayaan pinjaman anda akan terus bank-in ke bank tersebut.
JUMLAH PINJAMAN PTPTN
Pinjaman Maksimum
Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
ii) 75% daripada pinjaman maksimum
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data STR)
iii) 50% daripada pinjaman maksimum
Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data STR)
PENGELUARAN PINJAMAN PTPTN
Pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN.
Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:
Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan; dan
Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas.
Adalah dimaklumkan PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Amaun pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang diberikan oleh IPT. Semakan bayaran pinjaman boleh dilakukan di Penyata Pinjaman dan penyata akaun bank peminjam. Sebarang pertanyaan melibatkan pemotongan yuran pengajian perlu dirujuk kepada IPT masing-masing.
INSURAN PTPTN
Skim pinjaman Pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada peminjam.
Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.
Setiap peminjam dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman. Bagi peminjam yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman. Manakala bagi peminjam yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pinjaman tambahan.
PEMBERHENTIAN PINJAMAN PTPTN
Pinjaman pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:
Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan;
Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN;
Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau
Peminjam diisytihar muflis.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat dan keterangan lanjut tentang permohonan pinjaman pendidikan dan pengeluaran pinjaman boleh hubungi
Pusat Panggilan (Careline) di talian 03-2193 3000 (Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Selamat membuat Permohonan. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan segala urusan anda. Semoga berjaya kepada semua.