CARA MUDAH CHECK SAMAN POLIS : SEMAK & BAYAR ONLINE
Tahukah anda cara untuk semak atau check saman ke atas kenderaan masing-masing dengan mudah dan pantas? Jika tidak, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Saman Polis Trafik PDRM, JPJ & AES secara atas talian (Online / SMS).
BACA JUGA DI SINI : MYBAYAR SAMAN : CARA SEMAK DAN BAYAR SAMAN DENGAN MUDAH
CAJ SAMAN MENGIKUT KESALAHAN
Sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya, di bawah adalah senarai kesalahan yang boleh didenda oleh PDRM beserta amaun kompaun setiap kesalahan:
- Melebihi had laju : RM150
- Memandu di lorong kecemasan : RM300
- Menghalang lalu lintas : RM150
- Memotong kenderaan secara bahaya : RM150
- Tidak memakai Topi Keledar : RM100
- Tiasa lesen kenderaan motor : RM150
- Tidak mempamerkan stiker “P” di depan dan belakang : RM70
- Tidak mematuhi larangan memotong : RM150
- Larang letak kenderaan : RM150
- Lampu isyarat kenderaan : RM100
- Kesalahan melanggar lampu merah : RM150
- Menggunakan alat komunikasi semasa memandu : RM150
Bagi kesalahan di bawah penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), senarai dan kadar kompaun boleh disemak pada pautan :
Namun begitu, terdapat kesalahan pengguna jalan raya yang tidak boleh dikompaun kerana saman perlu diselesaikan di mahkamah. Senarai kesalahan tersebut adalah:
- Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
- Gagal mematuhi lampu isyarat merah
- Memandu di lorong kecemasan
- Memandu melebihi had laju
- Memotong garisan berkembar
- Memotong barisan
- TIdak memakai tali pinggang keledar
CARA MUDAH CHECK SAMAN POLIS
Berikut adalah kaedah untuk semak saman Polis Trafik PDRM melalui aplikasi yang disediakan oleh PDRM:
Cara Semak Saman Polis Secara Atas Talian (Online)
1) MyBayar Saman
- Layari Portal Rasmi MyBayar Saman (https://mybayar.rmp.gov.my)
- Pengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu
- Klik “Daftar” dan isikan maklumat peribadi yang diperlukan
- Anda akan menerima nombor pengesahan OTP di telefon bimbit yang didaftarkan
- Log masuk ke dalam akaun dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah dicipta
- Sistem akan memaparkan saman tersebut dan klik “Bayar pada butiran saman untuk membuat bayaran
- Anda boleh membayar saman trafik secara dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar (prepaid) yang sah
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran kompaun saman dengan PDRM boleh dihantar ke alamat e-mel [email protected] dan melalui surat ke alamat Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.