CARA SOLAT JAMAK MAGRIB DAN ISYAK : PANDUAN LENGKAP
Rukhsah solat adalah kemudahan atau keringanan yang dibolehkan buat orang Islam yang bermusafir untuk menunaikan solat secara qasar dan jamak.
Hukum mengerjakan solat secara qasar dan jamak adalah harus dan ia membuktikan bahawa umat Islam boleh mengerjakan solat dalam apa jua keadaan dan agama Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya.
Seseorang Islam itu dianggap bermusafir setelah keluar dari kawasan, sama ada melepasi kota sempadan, sungai, parit atau melalui kawasan yang tidak mempunyai bangunan lagi.
Setelah seseorang itu tiba di kawasan permulaan dia bertolak tadi yang menandakan bahawa musafirnya telah berakhir, maka dia tidak lagi boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar.
MAKSUD JAMAK DAN QASAR
Solat jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Sebagai contoh, mengumpulkan solat zohor dengan asar atau sebaliknya.
Solat ini terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan jamak takhir.
Solat qasar pula bererti memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat. Hanya solat zohor, asar dan isyak sahaja yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat.
BACA JUGA DISINI : CARA SOLAT JAMAK MAGRIB DAN ISYAK : PANDUAN LENGKAP
SYARAT JAMAK TAQDIM
- Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama (Zohor dan Maghrib)
- Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib
- Niat jamak pada waktu solat yang pertama
- Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk)
- Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua
- Destinasi yang dituju melebihi dua marhalah iaitu dianggarkan sejauh 85 km hingga 90 km atau bersamaan 56 batu (2 Marhalah)
- Mengetahui destinasi yang dituju
- Musafir bukan untuk tujuan maksiat
SYARAT JAMAK TAKHIR
- Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua (Asar dan Isyak)
- Berniat mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama
- Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat
- Destinasi yang dituju melebihi dua marhalah iaitu dianggarkan sejauh 85 km hingga 90 km atau bersamaan 56 batu (2 Marhalah)
- Mengetahui destinasi yang dituju
- Musafir bukan untuk tujuan maksiat
SOLAT QASAR
- Mestilah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
- Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar
- Hendaklah solat fardu yang empat rakaat
- Hendaklah berniat qasar ketika takbiratulihram
- Tidak berniat untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik).
- Tempoh boleh qasar & jamak untuk musafir ialah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan pulang.
- Jika niat untuk tinggal di satu tempat empat hari / lebih, tak boleh qasar & jamak ketika sampai di tempat itu kerana dikira bermukim.
- Dalam perjalanan sebelum sampai destinasi, boleh Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya
CARA SOLAT JAMAK QASAR
Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor .
Sunat atau afdhal untuk melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/ Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/ Isya’).
Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
SOLAT JAMAK TAQDIM ZOHOR DAN ASAR RUMI
- Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
- Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
- Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain .
- Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan
- Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardhu Asar:
- Sahaja aku solat fardhu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
- Kerjakan solat fardhu asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
NIAT SOLAT JAMAK TAQDIM MAGRIB DAN ISYAK RUMI(CARA SOLAT JAMAK MAGRIB DAN ISYAK)
- Berikut cara solat jamak magrib dan isyak
- Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niat solat jamak (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
- Sahaja aku solat fardhu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala

- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
- Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
- Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan Teruskan dengan lafaz niat untuk jamak fardhu Isyak

- Sahaja aku solat fardhu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
- Kerjakan solat fardhu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
NIAT QASAR JAMAK TAKHIR (ASAR DAN ZOHOR)
Nota: Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu zohor dalam waktu Asar. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu zohor lagi
- Mulakan dengan solat fardhu Asar. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):

- Sahaja aku solat fardhu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
- Kerjakan solat fardhu asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
- Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan
- Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardhu zohor:

- Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
NIAT QASAR JAMAK TAKHIR (ISYAK DAN MAGRIB)
Nota: Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu zohor dalam waktu Asar. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu magrib lagi
- Mulakan dengan solat fardhu Isyak. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):

- Sahaja aku solat fardhu Isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
- Kerjakan solat fardhu isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
- Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan
- Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardhu magrib:

- Sahaja aku solat fardhu maghrib, tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
RUJUKAN : FACEBOOK JAKIM