CARA TEBUS BAUCAR BUKU : BAUCAR BUKU RM100 PELAJAR IPT [TEBUS DI SINI]
Sukacita dimaklumkan bahawa, semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) layak menerima e-Baucar Buku yang bernilai RM100.
Terkini, dimaklumkan bahawa pemberian baucar buku Fasa 2 untuk pelajar IPT akan bermula pada 30 Oktober 2024.
Inisiatif ini dijangka mampu memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.
BACA JUGA DI SINI :
PROSES PEMBAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT BANK : SEMAKAN TARIKH DAN MASA
BUKU MADANI
e-BaucarBuku adalah merupakan sebuah inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekaligus dapat membugar budaya membaca terutama dalam kalangan pelajar IPT.
Para pelajar yang layak akan menerima baucar pembelian buku berjumlah RM100. Program ini dilaksanakan secara berfasa bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2024.
KPT berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat menyemarakkan budaya membaca, malah turut bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.
TEBUS BAUCAR BUKU RM100
FASA 2 (OKTOBER-DISEMBER 2024)
- Pelaksanaan fasa kedua bermula pada 30 Oktober hingga 31 Disember 2024
- Penyaluran baucar buku IPT ini adalah melalui platform MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my bermula 30 Oktober 2024
- Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal tersebut sahaja
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100
SEMAKAN KELAYAKAN BAUCAR BUKU RM100
- Layari portal rasmi MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan, no matrik dan jenis institusi Pengajian Tinggi >> Klik Semak Kelayakan.
- NOTA : Majlis peluncuran MySISWAPLACE akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi pada 29 Oktober 2024. Portal ini akan dibuka bermula 30 Oktober 2024 untuk penebusan.
CARA TEBUS BAUCAR BUKU
- Semak kelayakan di portal rasmi berikut: https://mysiswaplace.my
- Masukkan no kad pengenalan, no matrik dan jenis IPT.
- Kod akan dijana selepas semakan dibuat di portal rasmi GREaT.
- Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
- Sah untuk satu kali transaksi pembelian sahaja.
- NOTA: Platform ini akan dibuka bermula 30 Oktober 2024 untuk penebusan.
TEMPOH PEMBELIAN BUKU
Untuk baucar buku yang telah ditebus, para pelajar boleh menggunakannya untuk membeli buku sehingga 31 Disember 2024.
MAKLUMAT LANJUT
Hubungi Kami
IBU PEJABAT
Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Putrajaya
Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857