CCRIS CHECK ONLINE : Semakan & Muat Turun Laporan CCRIS
CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.
Sistem ini mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.
Contoh maklumat yang direkodkan termasuklah bayaran ansuran PTPTN.
BACA JUGA DI SINI : PENCEN ILAT PERKESO : CARA UNTUK MEMOHON PENCEN ILAT
APA ITU CCRIS BANK NEGARA
CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System) Elektronik yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia.
- Dimiliki dan dikendalikan oleh BNM untuk memudahkan pengurusan risiko kredit di antara bank.
- CCRIS memproses data yang diterima daripada institusi kewangan peserta dan menggabungkannya menjadi laporan kredit.
- Laporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan, peminjam (atas permintaan) dan agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan persetujuan peminjam).
- Peminjam boleh mengakses laporan kredit mereka secara dalam talian menerusi eCCRIS tanpa bayaran.
- Sebagai pengguna eCCRIS, anda boleh membuat semakan CCRIS online di mana sahaja dan bila-bila masa.
CCRIS REPORT
Melalui semakan CCRIS online, anda akan mendapat Laporan Kredit CCRIS yang mengandungi maklumat kredit peminjam seperti berikut:
i) Kredit Belum Berbayar
Semua kemudahan kredit yang diperoleh peminjam, yang masih belum berbayar, sama ada di bawah:
- nama sendiri;
- akaun bersama dengan peminjam lain;
- nama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;
- nama badan profesional yang peminjamnya merupakan anggota badan profesional tersebut; atau
- nama syarikat.
ii) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas
Semua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.
iii) Permohonan Kredit
Semua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.
CARA BACA LAPORAN CCRIS
Ini contoh laporan CCRIS. Setiap huruf dan nombor tu ada membawa maksud seperti berikut :
- 0 – Tiada tunggakan
- 1 – Lewat 1 bulan
- 2 – Lewat 2 bulan
- 3 – Lewat 3 bulan
Jika tak bayar lebih dari 3 bulan, ada nama anda dah direkod dalam pemerhatian Akaun Perhatian Khas atau Special Attention Account (SAA)
Cuba ingat ada bayaran tertunggak tak? Kalau ada, jangan tangguhkan pembayaran, nanti nak apply loan memang susah pihak bank nak luluskan sebab rekod pembayaran dan CTOS score kita tak cantik.
Antara kod penting dalam laporan CCRIS yang perlu anda tahu adalah:
- 10 : Pinjaman hartanah
- 00 : Pinjaman Peribadi
- 00 : Kad kredit
- 30 : Pinjaman kereta code 30
- 23 : Pinjaman ASB loan
- 90 : Pinjaman pajak gadai
[ Kod 00 ] adalah clean loan, pinjaman tidak ada pajakan seperti hutang personal loan & Kad kredit.
[ Kod 10 ] adalah pinjaman rumah kediaman, dalam laporan CCRIS & CTOS akan tulis pinjaman perumahan Kod 10.
CCRIS CHECK ONLINE
Dari manakah saya boleh mendapatkan Laporan CCRIS?
Jika anda warganegara Malaysia yang mempunyai akaun perbankan dalam talian dan BELUM mendaftar sebagai pengguna eCCRIS, sila mendaftar secara dalam talian melalui portal eCCRIS.
Bagi lain-lain individu dan entiti, daftar untuk akses eCCRIS dengan menghantar Borang Permohonan CCRIS/eCCRIS berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK.
Jika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian melalui eCCRIS, sila mendaftar sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1
Layari https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml
Langkah 2
Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:
- 1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau
- 1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
- 2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
- Langkah 3
- Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen.
Akhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.
Dalam laporan akan tunjukkan maklumat penting2 seperti tunggakan. Kalau semua ‘0’, bagus dan cantik la tu.
Kalau banyak nombor lain 1,2,3,4,5 maksudnya ada tunggakan.
Boleh semak lanjut dengan institusi tersebut untuk pengesahan.
Apply CCRIS ni free saja. CTOS kena bayar.
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai semakan CCRIS online melalui sistem eCCRIS Bank Negara Malaysia, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut
Talian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)
E-mel: [email protected]
https://www.bnm.gov.my/ccris