eKYC TnG CARA PENGESAHAN (Panduan Permohonan Pengesahan eKYC)

eKYC TnG CARA PENGESAHAN (Panduan Permohonan Pengesahan eKYC)

Apakah itu Pengesahan Akaun (eKYC) dan mengapa saya perlukannya?

Pengesahan Akaun adalah proses ‘Know Your Customer’ elektronik (eKYC) yang dibuat melalui Touch ‘n Go eWallet.

Dengan mengesahkan akaun anda, ia akan dapat membantu kami mengenali anda dengan lebih baik, melindungi eWallet anda daripada transaksi tidak sah dan anda juga dapat menggunakan kesemua servis yang disediakan melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

BACA JUGA DI SINI : CARA REGISTER TOUCH N GO GUNA IC : RUJUK DISINI

Adakah Pengesahan Akaun (eKYC) ini wajib untuk saya?

Ya, berkuat kuasa pada 20 Disember 2024, Pengesahan Akaun adalah wajib untuk semua pengguna TNG eWallet. Melengkapkan proses eKYC membuka pelbagai manfaat, termasuk had saiz dompet yang lebih besar.

TapSecure (ciri kelulusan satu sentuhan untuk transaksi yang lebih selamat), keupayaan untuk memindahkan dana, dan perlindungan melalui polisi Jaminan Wang Dikembalikan kami.

Pengesahan akaun anda juga merupakan keperluan pengawalseliaan selaras dengan garis panduan Bank Negara Malaysia mengenai Anti Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT).

CARA eKYC VERIFICATION

Pengguna boleh membuat eKYC TnG CARA PENGESAHAN dengan menekan pada ‘Account Verification’ di halaman profil aplikasi.

  • Untuk warganegara Malaysia, anda boleh mengemukakan sama ada MyKad atau My Tentera untuk eKYC
  • Untuk penduduk tetap Malaysia dan warganegara lain, sila kemukakan pasport anda

Selain itu, kami juga akan mengesahkan anda melalui gambar swafoto.

TNGD memerlukan bukti identiti sebagai sebahagian dari keperluan Pengesahan Akaun (eKYC) untuk mengesahkan identiti pengguna kami. Ini juga untuk menghindari dari risiko kecurian identiti.

  1. Pergi ke ikon “Profile” di muka hadapan aplikasi (Penjuru kanan)
  2. Klik pada “Belum Disahkan”
  3. Klik “Verify Account”
  4. Pilih jenis ID anda
  5. Ambil gambar depan ID
  6. Ambil swafoto anda
  7. Sahkan butiran akaun anda : Nama, Nombor ID, Tarikh Lahir
  8. Pengesahan akaun anda akan berlaku serta merta atau sehingga 3 hari bekerja

PEMOHOHON BOLEH RUJUK DI PORTAL RASMI VIDEO LANGKAH-LANGKAH UNTUK PENGESAHAN DI https://www.youtube.com/watch?v=V_KoZn0YAB4

Apakah maklumat yang diperlukan untuk pengesahan akaun (eKYC)?

Sewaktu proses Pengesahan Akaun (eKYC), pengguna perlu memberikan maklumat berikut;

  1. Nama penuh
  2. Nombor ID
  3. Alamat
  4. Tarikh Lahir
  5. Kewarganegaraan
  6. Jenis pekerjaan
  7. Nama majikan atau jenis perniagaan
  8. Nombor untuk dihubungi
  9. tujuan transaksi

Beberapa maklumat tambahan seperti sumber dana dan sumber kekayaan mungkin diperlukan seiring dengan profil risiko pengguna.

Berapa lama diperlukan untuk mengesahkan akaun saya?

Proses pengesahan akaun (eKYC) secara umumnya adalah segera, kecuali dalam beberapa situasi di mana kami memerlukan lebih masa untuk memproses permohonan.

Walaubagaimanapun, ia tidak akan mengambil masa lebih daripada 3 hari bekerja.

Mengapa saya mendapat ID tidak betul / ID tidak jelas semasa membuat eKYC?

Sila pastikan anda menggunakan dokumen ID yang betul semasa membuat Pengesahan Akaun (eKYC).

Untuk warganegara Malaysia

  1. Sila pastikan anda mengemukakan MyKad atau MyTentera untuk warga Malaysia
  2. Hanya tangkap kad ID bahagian depan sahaja
  3. Pastikan tiada silau sewaktu mengambil gambar
  4. Pastikan gambar diambil dalam suasana terang untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik.
  5. Jangan menutup ID anda dengan jari sewaktu mengambil gambar kerana ia akan memberi kesan kepada ketepatan OCR

Untuk Penduduk Tetap Malaysia dan Warganegara lain:

  1. Sila kemukakan pasport sahaja
  2. Sila tangkap keseluruhan pasport anda, di mana menunjukkan maklumat peribadi anda dan juga tandatangan
  3. Pastikan tiada silau semasa mengambil gambar
  4. Jangan menutup ID anda dengan jari sewaktu mengambil gambar kerana ia akan memberi kesan kepada ketepatan OCR

Mengapakah nama atau nombor ID saya salah?

Sewaktu proses Pengesahan Akaun (eKYC), iaitu selepas anda menangkap gambar swafoto, anda akan diberi peluang untuk mengesahkan Nama, ID, Tarikh lahir dan Alamat.


Sila sahkan butiran yang dipaparkan dengan teliti
 sebelum menghantar permohonan eKYC anda.


Setelah permohonan anda diluluskan, anda tidak boleh lagi menghantar semula dan/atau membuat perubahan pada maklumat peribadi anda lagi.

Permohonan Pengesahan Akaun (eKYC) saya ditolak, apa perlu saya buat?

Anda masih boleh membuat permohonan Pengesahan Akaun (eKYC) semula selepas ia ditolak.

Sila pastikan perkara dibawah sebelum membuat permohonan semula: –

  • Hanya gunakan MyKad atau MyTentera
  • Umur minimum 12 tahun
  • Hanya ambil gambar bahagian depan kad pengenalan anda
  • Pastikan tiada silau ketika mengambil gambar
  • Pastikan anda mengambil gambar di dalam bilik yang terang untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik
  • Jangan tutup kad pengenalan anda dengan jari ketika mengambil gambar, kerana ia boleh menjejaskan ketepatan Optical Character Recognition (OCR).

MAKLUMAT LANJUT

Touch ‘n Go Sdn Bhd Level 5, Tower 6, Avenue 5, Bangsar South, No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

+603-2714 8888
(Mon-Fri 8.00am – 8.00pm)
+603-5022 3888
(Mon-Sun 7.00am – 10.00pm)

Leave a Comment