ELAUN PENGAWAS SPM : SEMAK ELAUN TERKINI (Sukarelawan)

ELAUN PENGAWAS SPM : SEMAK ELAUN TERKINI (Sukarelawan)

Tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan kini dibuka.

Inisiatif oleh YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek adalah di antara tindakan untuk “meringankan” beban guru untuk bersama keluarga.

Bagi anda yang berumur 18 – 65 tahun berminat dan menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2024/2025 ini, bolehlah memohon.

Rujuk info sepenuhnya di bawah.

BACA JUGA DI SINI : www.kptm.edu.my PERMOHONAN KPTM : PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG

PENGENALAN

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM mulai Disember 2024 hingga Februari 2025.

Tawaran sukarelawan ini dibuka untuk tugas sebagai PENGAWAS PEPERIKSAAN SAHAJA serta dibuka kepada :

  • Pelajar lnstitut Pengajian Tinggi Awam, lnstitut Pengajian Tinggi Swasta, lnstitut Pendidikan Guru, Lepasan Asasi/Matrikulasi Kakitangan Bukan Kerajaan/Pesara Kerajaan/Pesara Swasta
  • Pelantikan sukarelawan bagi pengendalian peperiksaan SPM Tahun 2024 untuk tempoh peperiksaan mulai 31 Disember 2024 hingga 6 Februari 2025.

Sehubungan itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria berikut:

  • Prinsip : Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan;
  • Elaun : Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam;

ELAUN PENGAWAS SPM

Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam.

RM225 tersebut adalah bayaran yang diterima sebagai Pengawas Peperiksaan oleh penjawat awam dan juga sukarelawan untuk peperiksaan SPM 2023.

Ia tidak termasuk ‘S’ atau Sesi sebanyak RM1. Dan TNT atau tuntutan perjalanan sebanyak RM0.85 perkilometer (maksimum perjalanan 500km).

Bermakna, kalau bertugas selama 19 hari bayarannya adalah RM11.84 sehari. Kalau anda, nak tak jadi pengawas peperiksaan dengan elaun sebanyak itu?,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, seorang lagi warga maya turut mempersoalkan tentang jumlah yang seakan-akan sudah tidak relevan.

Elaun pengawas SPM dah tak relevan dengan situasi semasa. Mereka ingat ini tahun 70-an lagi ke?,” tulis Marza Izham.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, akan ada kadar elaun yang baharu untuk para Pengawas Peperiksaan SPM nanti.

TUGAS PENGAWAS SPM

  1. Senarai tugas yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :
  2. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan;
  3. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa;
  4. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan;
  5. Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan;
  6. Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung, dan
  7. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;
  2. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik;
  3. Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah;
  4. Dalam daerah yang sama (tidak lebih 25km sehala); dan
  5. Mempunyai pengangkutan sendiri;

CARA MOHON PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM 2024

  1. Permohonan melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/auth/login
  2. Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
  3. Klik pada PAUTAN https://elp.moe.gov.my/auth/login
  4. Daftar sebagai pengguna terlebih dahulu
  5. Pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama
  6. Isi Maklumat Diri

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PENGAWAS PEPERIKSAAN

Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan

Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2024, sila rujuk saluran berikut:

Laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/home/main

Leave a Comment