IKM KEPUTUSAN PERMOHONAN : SEMAK SECARA ONLINE SEKARANG

IKM KEPUTUSAN PERMOHONAN : SEMAK SECARA ONLINE SEKARANG

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera, Bumiputera Sabah atau Sarawak.

BACA JUGA DISINI : MOHON DISINI UNTUK KEMASUKAN KE POLITEKNIK

SENARAI KURSUS DITAWARKAN DI KKTM MJII IKM

CARA MEMOHON IKM

Berikut adalah garis panduan dan tatacara permohonan:

  1. Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di laman sesawang TVET MARA https://www.tvetmara.edu.my/ serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) http://apponline.mara.gov.my/Spupim_1 bermula 19 Mac 2024 sehingga 15 Jun 2024.
  2. Panduan mengisi permohonan, Sila muat turun Manual Pengguna : https://bit.ly/4bkma8u
  3. Calon dibenarkan mendaftar dan mengemaskini maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  4. Calon hendaklah mengemaskini ruangan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam tempoh 5 hari dari tarikh keputusan SPM diumumkan.
  5. Calon perlu menghantar salinan dokumen yang berkaitan ke alamat [email protected]
  6. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut (yang berkaitan sahaja) :
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
    • Sijil Vokasional
    • Sijil Kompeten
    • Sijil Lahir
    • Sijil Kemahiran yang berkaitan dari ILKA/ILKS
    • Transkrip peperiksaan setiap semester
    • Sijil Tamat Belajar Kolej Vokasional
    • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 3

IKM KEPUTUSAN PERMOHONAN (TEMUDUGA)

Calon yang memohon kemasukan ke program seperti di bawah akan dipanggil untuk menjalani penilaian khas. Hanya Calon yang memilih pilihan PERTAMA dan melepasi syarat kelayakan sahaja akan dipanggil melalui SMS/email/whatsapp.

AUTOMOTIF

  • Diploma Teknousahawan Baikpulih dan Cat Badan Kenderaan (IKM Kota Kinabalu)

ELEKTRIK

  • Diploma Teknousahawan Elektrik (IKM Seberang Perai Utara)

MEKANIKAL SERVIS

  • Diploma Teknousahawan Penyejukan Dan Penyamanan Udara (IKM Kuala Lumpur)

ALAM BINA

  • Sijil Senibina (IKM Lumut, IKM TSYA Pekan, IKM Kota Kinabalu)
  • Diploma Senibina (KKTM Pasir Mas)
  • Diploma Senibina Penyeliaan Tapak (IKM Sungai Petani)
  • Diploma Rekabentuk Dalaman (KKTM Rembau)
  • Diploma Teknousahawan Pembinaan dan Penyelenggaraan Landskap (IKM Sik)

KLUSTER SENI & REKABENTUK 

  • Diploma Rekabentuk Perabot (KKTM Rembau)
  • Diploma Rekabentuk Fesyen (KKTM Rembau)
  • Diploma Perfileman Digital (KKTM Rembau)
  • Diploma Rekabentuk Media Digital (KKTM Rembau)
  • Diploma Rekabentuk Pengiklanan Digital (IKM Sungai Petani)
  • Diploma Pengeluaran Perabot (IKM Sungai Petani & IKM TSYA)
  • Diploma Teknologi Pengeluaran Perabot Kontemporari ( IKM Lumut)
  • Diploma Teknousahawan Fesyen (KKTM Rembau)
  • Diploma Teknousahawan Upholsteri (IKM Sungai Petani)
  • Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Fabrik (IKM Alor Setar)
  • Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot (IKM Alor Setar)

NOTA: Calon dinasihatkan untuk membaca syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan. https://tvetmara.edu.my/Brochure/Brochure%20Baru%20EDISI%20MARCH%202024%20(FINAL).pdf

IKM KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman sesawang TVET MARA di https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/ pada 01 Julai 2024.

RAYUAN IKM

Bagi calon yang TIDAK BERJAYA, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem UPIM di laman sesawang bermula 01 Julai 2024 sehingga 05 Julai 2024.

Semakan keputusan rayuan ke KKTM, MJII & IKM boleh dibuat bermula 10 Julai 2024 sehingga 15 Julai 2024 di laman sesawang https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/ selepas jam 03.00 petang.

MAKLUMAT LANJUT

SEBARANG PERTANYAAN

Sila hubungi pegawai-pegawai berikut : 

  1. Puan Nur Aliya  (03-26134589) [[email protected]]
  2. Puan Fauzilah  (03-26134598) [[email protected]]
  3. Puan Aida     (03-26134605) [[email protected]]
  4. Puan Norasmah (03-26134581) [[email protected]]

Leave a Comment