KADAR TOL LEKAS (SEMAK HARGA TERKINI)

KADAR TOL LEKAS (SEMAK HARGA TERKINI)

Senarai Harga Tol Lebuhraya LEKAS (Kajang-Seremban). Berikut adaah kadar harga tol Lebuhraya LEKAS menghubungkan Kajang – Seremban.

Buat makluman semua, seperti yang dijangka kenaikan harga baru tol bagi lebuhraya akhirnya diumumkan dengan rasminya.

Mulai 15 Oktober 2015, 15 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang yang melibatkan 17 Lebuhraya akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol.

Bagi Lebuhraya LEKAS (Kajang-Seremban), Ia melibatkan kenaikan antara 10 sen hingga RM6.00.

BACA JUGA DI SINI :

Lebuh raya Kajang Seremban (E21) atau LEKAS merupakan lebuh raya tol sepanjang 48.5 kilometer dari Kajang ke Seremban.

Ia diberi konsesi kepada Lebuharaya Kajang-Seremban Sdn. Bhd, anak syarikat IJM Corporation oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

KADAR TOL LEKAS

Berikut dikongsikan Harga Tol Lebuhraya LEKAS (Kajang-Seremban) terkini:

Rujuk di sini harga terkini kadar tol lekas https://ijmtolldiv.com/lekas/

LATAR BELAKANG LEBUHRAYA LEKAS

Kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) khususnya di antara Kuala Lumpur dan Seremban (E2) menyebabkan sebuah lagi lebuh raya diperlukan pada tahun 1998.

Berikutan itu Kerajaan Malaysia memberi hak konsesi secara pakej kepada syarikat baru iaitu KASEH Sdn. Bhd. pada Julai 1997 untuk tempoh konsesi selama 33 tahun.

Cadangan projek ini adalah merupakan pembinaan lebuh raya dari Kajang ke Seremban. Lebuh raya ini bersambung dengan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang‎ dan Lebuh raya Grand Saga terus ke Kuala Lumpur.

Terlalu ramai penduduk Seremban yang bekerja setiap hari di Kuala Lumpur. Kesesakan memuncak di Plaza Tol Seremban dan Plaza Tol Senawang.

Sebahagian lebuh raya ini adalah merupakan pembinaan lebuh raya baru dari Kajang hingga ke Seremban melalui Bangi, Semenyih, Beranang, Pajam, Nilai dan Mantin. Ia bermula dari Persimpangan Bertingkat `clover-leaf’ dengan Lebuhraya Lingkaran Kajang dan Jalan Pintasan Kajang dan menuju ke selatan hingga berakhir di Jalan Persekutuan FT 51 sejauh 5 km dari Bandar Seremban. Keseluruhan jarak lebuhraya ini adalah sepanjang 46 km.

MAKLUMAT LANJUT

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN SDN BHD
Address: KM 3.3 Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Kajang Seremban 43500 Semenyih, Selangor
Tel (Office Hour):03-8723 8021
LEKAS Hotline (24 Hours):1800-888-021
Fax: 03-8723 0021
Email : [email protected]

Leave a Comment