LANGKAH MUDAH MOHON MYKASIH 2025 : MOHON ONLINE
MyKasih 2025 adalah program bantuan tunai tanpa wang tunai yang dirancang untuk membantu golongan b40 di Malaysia melalui penggunaan MyKad sebagai platform pembayaran.
Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan beban kos sara hidup golongan miskin dan miskin tegar.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN RM100 SETIAP BULAN TAHUN 2025 : Permohonan & Semakan
SYARAT PERMOHONAN MYKASIH 2025
Kategori Penerima:
- Isi rumah:
- Tersenarai sebagai Miskin Tegar atau Miskin dalam pangkalan data eKasih.
- Berpendapatan rendah mengikut garis panduan kerajaan.
- Warga emas:
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Tidak mempunyai pasangan atau tanggungan.
- Golongan bujang:
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Tidak berkahwin dan tiada tanggungan.
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
LANGKAH MUDAH MOHON MYKASIH 2025
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
- https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan program MyKasih 2025, anda boleh menghubungi talian bantuan rasmi berikut:
Nombor Telefon: +603-7720 1800
Email: [email protected]
Portal Rasmi: Anda juga boleh membuat semakan atau mendapatkan maklumat melalui laman web rasmi MyKasih.
Talian ini sesuai untuk menjawab soalan berkenaan status permohonan, bantuan yang diterima, kaedah penggunaan MyKad untuk transaksi, dan lain-lain maklumat program.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai kategori bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila semak laman web program tersebut​.