MATRIKULASI SESI 2025 PERMOHONAN : PERMOHONAN ONLINE
Permohonan kemasukan sesi 2025-2026 Fasa 1 akan dibuka pada 1 Disember 2024 untuk calon SPM 2024 dan ianya adalah percuma.
MATRIKULASI SESI 2025 PERMOHONAN boleh dilakukan secara atas talian melalui Portal Matrikulasi KPM sehingga 28 Februari 2025.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN KEWANGAN KEMASUKAN KE IPT
Panduan buat mereka yang berminat. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan Permohonan Matrikulasi KPM 2025-2026 secara online (atas talian).
MATRIKULASI SESI 2025 PERMOHONAN CARA MOHON
- Permohonan Fasa Satu (1) adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi Matrikulasi KPM bermula dari 1 Disember 2024 sehingga 28 Februari 2025.
- Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), permohonan Fasa 2 dan pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM tahun 2024 diumumkan.
- Aplikasi Permohonan online : https://matrikulasi.moe.gov.my/
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON MATRIKULASI
KELAYAKAN AM
- UMUR : Tidak lebih daripada 20 tahun semasa permohonan
- WARGANEGARA : Malaysia
- SPM : Calon TAHUN SEMASA
KELAYAKAN AKADEMIK (JURUSAN)
Sains (SDS – Sistem 2 Semester)
- Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) dalam peperiksaan SPM 2024 bagi matapelajaran:
- Bahasa Melayu (C)
- Bahasa Inggeris (C)
- Chemistry (C)
- Additional Mathematics (C)
- Physics / Biology (C)
- Matematik (B)
- Sejarah (Lulus)
Sains (SES – Sistem 4 Semester)
- Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) bagi matapelajaran:
- Bahasa Melayu (C)
- Bahasa Inggeris (C)
- Matematik (C)
- Chemistry (Lulus)
- Additional Mathematics (Lulus)
- Sejarah (Lulus)
- Physics / Biology / Computer Science (Lulus)
Kejuruteraan
- Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) bagi matapelajaran:
- Bahasa Melayu (C)
- Bahasa Inggeris (C)
- Additional Mathematics (C)
- Physics (C)
- Matematik (B)
- Chemistry (Lulus)
- Sejarah (Lulus); dan
- Pilih SATU subjek berikut: (Lulus)
- Biologi/ Kimia/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Geografi/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Pengajian Keusahawanan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ PengajianKejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Perakaunan
- Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) bagi matapelajaran:
- Bahasa Melayu (C)
- Bahasa Inggeris (C)
- Matematik (C)
- Sejarah (Lulus)
- Mana-mana TIGA subjek berikut: (C)
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains Komputer/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Geografi/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Keusahawanan/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Al-Syariah/ Pendidikan Seni Visual/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam
Perakaunan Profesional (JPPro)
- Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro)
- Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) bagi matapelajaran:
- Bahasa Melayu (C)
- Bahasa Inggeris (A-)
- Matematik (A)
- Additional Mathematics (C)
- Sejarah (Lulus)
- Lulus ujian aptitud dan termuduga yang dilaksanakan oleh Bahagian Matrikulasi; dan
- Mana-mana TIGA subjek berikut: (A)
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains Komputer/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Geografi/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Keusahawanan/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Al-Syariah/ Pendidikan Seni Visual/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam
- Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut (seperti dalam kurungan) bagi matapelajaran:
PROSEDUR MATRIKULASI PERMOHONAN
- Permohonan adalah percuma dan tidak perlu membeli nombor pin.
- Permohonan boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my mulai 1 Disember 2024.
- Baca dan fahami panduan permohonan yang terdapat dalam laman web tersebut
- Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Februari 2025.
TARIKH PERMOHONAN MATRIKULASI 2025 DIBUKA
Bermula dari 1 Disember 2024 sehingga 28 Februari 2025.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi :-
- Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098.
- Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan http://www.moe.gov.my
- Soalan Lazim Permohonan Matrikulasi