MAYBANK2U REGISTER : APPLY NOW
Cara daftar Maybank2u online ni mudah saja dan hanya ambil masa beberapa minit.Kini ia boleh didaftarkan secara online dengan mudah dan kemudian kita boleh menikmati pelbagai kemudahan perbankan internet.
BACA JUGA DISINI : CARA BUAT ONLINE BANKING BSN : RUJUK DISINI
APA ITU MAYBANK2U
Maybank telah dikenali sebagai bank serantau sejak 1960, dengan penubuhan operasinya di Malaysia serta cawangan di Singapura dan Brunei dalam tahun yang sama.
Pada tahun 2000, Maybank tampil sebagai bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kemudahan perbankan internet (online banking).
Maybank2u.com mencetus kejayaan dalam bidang teknologi yang membolehkan pelanggan mengendalikan pelbagai perkhidmatan kewangan.
Terkini, Maybank telah dinobatkan sebagai Bank Digital Pengguna Terbaik Dunia di Malaysia dan Indonesia untuk pemenang Pusingan Pertama Anugerah Bank-Bank Pengguna Terbaik Dunia 2020 di Asia-Pasifik oleh majalah Global Finance.
Disebabkan itu, pengguna Maybank di Malaysia memang sangat ramai.
Jadi, jika anda belum mendaftar sebagai pengguna Maybank2u online, sila rujuk langkah di bawah.
MAYBANK2U REGISTER
- Langkah 1
- Layari laman web MAYBANK2U.
- Langkah 2
- Masukkan butiran berikut:
- Nombor kad / Access Number – Nombor akaun Maybank 12 digit
- Nombor PIN – Nombor PIN ATM Maybank 6 digit
- Langkah 3
- Sila cipta Profil Pengguna dalam ruang Username dan Password.
- Kemudian masukkan alamat e-mel anda yang aktif.
- Kod TAC 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan di Maybank.
- (Pastikan anda telah mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM Maybank dahulu untuk memperoleh nombor TAC ini.)
- Jika nombor telefon anda belum dikemaskini oleh bank, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maybank di talian 1 300 88 6688 untuk mengemaskini nombor telefon bimbit anda atau membuat pertanyaan cara daftar Maybank2u step-by-step.
- Langkah 4
- Sila isikan 3 butiran berikut bagi tujuan keselamatan:
- Image – Setkan gambar bagi tujuan keselamatan.
- Security Phrase – Ssila isikan apa-apa perkataan atau frasa yang unik dan mudah diingat bagi tujuan keselamatan.
- Memorable Question – Pilih tiga soalan yang anda boleh jawab dan taipkan jawapan bagi kesemua soalan tersebut. Pastikan ia jawapan yang anda ingat dan tidak lupa kerana ia akan menjadi rujukan pada masa akan datang.
- Langkah 5
- Cara daftar Maybank2U anda yang lengkap akan disahkan dengan notifikasi Successful.
- Ini bermakna pendaftaran anda sudah berjaya.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Maybank Careline pada talian berikut:
Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)
+603-7844 3696 (Luar Negara)