MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2025 (BAP KPM)

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2025 (BAP KPM)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk meringankan beban kewangan keluarga ketika memulakan sesi persekolahan anak-anak.

Bantuan ini diberikan dalam bentuk wang tunai kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, bertujuan membantu ibu bapa atau penjaga membeli keperluan sekolah seperti pakaian seragam, buku, alat tulis, dan lain-lain.

BACA JUGA DI SINI : BUAT SEMAKAN BANTUAN STR 2025 FASA 1 SEKARANG : SEMAKAN & KEMASKINI

SIAPA YANG LAYAK DAPAT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

  • Pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
  • Biasanya tertumpu kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau B40.
  • Bergantung kepada pendapatan isi rumah, biasanya keluarga dengan pendapatan kasar tertentu (seperti dalam kategori B40) layak menerima bantuan ini.
  • Pelajar mestilah berdaftar dan hadir di sekolah yang layak.
  • Murid warganegara Malaysia
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  • Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

CARA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN DI SALURKAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:

  • Tunai; atau
  • Disalurkan terus ke akaun bank murid

TARIKH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN DIBERI

Maklumat berkenaan dengan tarikh penyaluran BAP 2025 akan dimaklumkan kelak.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2025

Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

NOTA:

Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.

Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.

Borang PB1 : ( Borang permohonan)
Borang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan)

Ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/
Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.facebook.com/KemPendidikan
Instagram Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.instagram.com/kempendidikan

Rujuk juga : Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

Leave a Comment