MyDigital ID : DAFTAR dan LOGIN Di Sini
MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian termasuk perkhidmatan Kerajaan seperti MyHRMIS Mobile dan banyak lagi.
Bagi kakitangan kerajaan pengunaan MY Digital ID adalah wajib terutamanya untuk log ke apss Mobile phone HRMIS, ini kerana apps HRMIS hanya boleh dilog masuk melalui My Digital ID sahaja.
Pelaksanaan HRMIS menjadi landasan bagi membolehkan semua data dan maklumat berkaitan sumber manusia sektor awam disepadukan.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN PEKEBUN KECIL MUSIM TENGKUJUH : SEMAK SEKARANG
APA ITU MYDIGITAL ID?
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), IDN merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk sumber tunggal.
ID Digital Nasional ini dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.
ID Digital Nasional tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melengkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.
APA ITU HRMIS?
HRMIS adalah singkatan bagi Human Resource Management Information System atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia.
Sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai sehingga pegawai bersara.
FUNGSI HRMIS
HRMIS merupakan sistem maklumat Pengurusan Sumber Manusia (PSM) bersepadu yang membantu menjayakan perancangan strategik PSM seperti pelan penggantian, penentuan saiz perkhidmatan awam dan pembangunan karier penjawat awam.
Ia merangkumi keseluruhan proses pengurusan dan pembangunan sumber manusia iaitu:
- Data Perjawatan;
- Perolehan Sumber Manusia;
- Pengurusan Rekod Peribadi;
- Penilaian Kompetensi;
- Pembangunan Sumber Manusia;
- Pengurusan Prestasi;
- Pengurusan Kerjaya;
- Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran;
- Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja;
- Formulasi dan Penilaian Strategi, dan
- Penamatan Perkhidmatan
Pelaksanaan HRMIS menjadi landasan bagi membolehkan semua data dan maklumat berkaitan sumber manusia sektor awam disepadukan.
Dengan penggunaan MyDigitalID, pengguna hanya perlu menggunakan satu akaun sahaja untuk log masuk ke semua sistem HRMIS kerajaan.
ADAKAH MYDIGITAL ID INI WAJIB DIGUNAKAN?
Bagi menggalakkan orang ramai mendaftarkan MyDigital ID mereka, kerajaan telah mewajibkan pengguna perkhidmatan dalam talian mereka menggunakan MyDigitalID untuk log masuk.
Sebagai contoh, tarikh akhir kemudahan log masuk ke aplikasi MyHRMIS Mobile menggunakan ID HRMI adalah sehingga 26 Mei 2024.
Mulai 27 Mei 2024, log masuk ke aplikasi MyHRMIS Mobile hanya boleh menggunakan MyDigital ID.
Kewajipan menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke dalam sistem HRMIS ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengintegrasikan penggunaan MyDigitalID untuk portal-portal kerajaan yang lain seccara beransur-ansur.
KELEBIHAN MYDIGITAL ID
Antara kelebihan ID digital ini bagi rakyat Malaysia adalah:
- Pengesahan diri yang tepat dan dipercayai
- Menghapuskan pertindihan data identiti
- Kurangkan risiko penipuan identiti atas talian
- Kemudahan log masuk tunggal untuk pelbagai aplikasi
- Selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi atas talian
- Memudahkan akses perkhidmatan kerajaan di atas talian (JPJ, PDRM, JPN, SPRM dan LHDN)
CARA DAFTAR MYDIGITAL ID
Pendaftaran IDN boleh dibuat melalui Kios IDN.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum mendaftar di kios IDN:
- Muat turun aplikasi MyDigital ID dalam peranti / telefon mudah alih
- Tetapkan kata laluan (8 aksara) yang akan digunakan untuk log masuk
- Bawa bersama kad pengenalan untuk proses verifikasi di Kios IDN
- Apabila tiba di kios MyDigital ID,masukkan MyKad,letakkan ibu jari di pengimbas dan jangan alihkan sehingga selesai imbasan.
- Sahkan maklumat,pastikan segala maklumat ANDA adalah tepat.
- Pengesahan Berjaya,Keluarkan MyKad ANDA.
- Imbas QR di kios,buka aplikasi MyDigital ID dan imbas kod QR yang terpapar di kios.
- Kata laluan,masukkan kata laluan(minimum 8 aksara),seterusnya jawab ‘YA’ untuk menyimpan identity digital.
- Selesai.
Muat Turun Aplikasi MyDigital ID di sini :
- Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.mimos.signetclient&hl=en&gl=US
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/mydigitalid/id1435289143
MAKLUMAT LANJUT MYDIGITAL ID
MyDigitalID adalah salah satu inisiatif kerajaan. Rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigitalID demi menjamin keselamatan dari ancaman siber ke atas maklumat diri dan juga akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.
Untuk info terkini, sila rujuk saluran berikut:
Facebook MyDigital_ID
Laman web rasmi : https://digital-id.my/