MYKASIH SEMAK 2025 (TERKINI)SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Ternyata masih keliru mengenai bantuan MyKad Madani. Untuk makluman anda bantuan MyKad Madani adalah bantuan di bawah program SARA/MyKasih dimana bayaran akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima.
Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan untuk pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan kaedah tanpa tunai (cashless) iaitu dengan menggunakan MyKad.
Bagaimanakah mohon bantuan mykad madani online 2025? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA DI SINI : MYKASIH DAFTAR 2025 (PERMOHONAN BAHARU MYKASIH ONLINE)
APA ITU MYKAD MADANI
Bantuan MyKad Madani atau Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, atau berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih 2025.
Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima bantuan STR dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di eKasih. Oleh itu pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon bantuan STR dan berdaftar dengan eKasih (golongan miskin). Penerima Bantuan STR dan golongan Miskin Tegar akan menerima bantuan ini secara automatik.
Bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima, untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas bulanan, di kedai runcit yang terpilih untuk program MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang SARA/MyKasih melalui MyKad:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI
MyKad Madani merupakan bantuan SARA dibawah program MyKasih dimana bantuan dikreditkan secara tanpa tunai kedalam MyKad pemohon. Bantuan ini perlulah mereka yang layak menerima bantuan STR, dan tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih.
Bantuan MyKad Madani boleh dimohon seperti kaedah berikut:
- Permohonan Bantuan STR di Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pendaftaran Miskin Tegar eKasih : https://www.icu.gov.my/pg/get_url.php?id=3344
LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN
Bantuan Mykad Madani (SARA/MyKasih) perlulah terdiri daripada kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan berdaftar eKasih.
Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
MYKASIH SEMAK 2025
MYKASIH SEMAK 2025 dan kelayakan bantuan MyKad Madani (SARA/MyKasih) boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
BERAPAKAH JUMLAH MYKASIH
Kadar bantuan MyKasih/SARA 2025 dalam tempoh 12 bulan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
Isi Rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
TARIKH KREDIT
Bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
Kaedah pengkreditan dilakukan adalah secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad penerima. Penerima boleh membuat pembayaran MyKasih di dalam premis dengan menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.