MYSALAM 2024 SEMAKAN : SEMAK SEKARANG
Ketahui segala maklumat tentang MySalam 2024: cara permohonan, penentuan kelayakan, faedah, dan proses tuntutan. Dapatkan perlindungan kesihatan untuk golongan B40 dan M40
Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penerusan skim MySalam untuk tempoh dua tahun akan datang. Skim MySalam merupakan satu inisiatif skim perlindungan takaful kesihatan yang dikhususkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menghadapi musibah penyakit kritikal.
BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN PRASEKOLAH 2025 : MOHON DISINI SEKARANG
APAKAH MYSALAM
Skim MySalam adalah program takaful kesihatan yang menyediakan perlindungan percuma kepada penerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Dana MySalam. Program ini memulakan operasinya pada Januari 2019, dengan sasarannya adalah golongan isi rumah pendapatan bawah (B40), khususnya penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).
Manfaat utama dari skim ini adalah pembayaran tunai RM8,000 yang dibayar sekali seumur hidup apabila penerima didiagnosis dengan salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal. Selain itu, penerima juga berhak untuk pembayaran tunai RM50 sehari akibat hospitalisasi untuk tempoh maksimum 14 hari atau RM700 setahun.
SYARAT MOHON MYSALAM
MySalam 2024 memberikan perlindungan kepada penerima bantuan khas kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Keluarga Malaysia dan individu dari kelompok pendapatan B40 dan M40. Kriteria kelayakan termasuklah:
Penerima Bantuan Sara Hidup
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Kategori BSH
- Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
- Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
**Penerima yang layak akan diberitahu melalui SMS, dan mulai 1 Mac 2019, mereka akan boleh membuat semakan kelayakan dan pendaftaran mereka.
CARA MOHON MYSALAM
Untuk semakan kelayakan dan pendaftaran, penerima boleh mengakses portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan. Maklumat lanjut mengenai skim, status tuntutan dan senarai hospital yang terlibat boleh didapati di laman web.
Penerima yang berhak juga boleh mendapatkan bantuan dan membuat tuntutan di kiosk MySalam yang berada di kebanyakan hospital kerajaan seluruh negara.
Maklum Balas dan Bantuan :
Sekiranya anda tidak menerima SMS atau memerlukan maklumat tambahan, anda boleh menghubungi talian bantuan MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam.
SENARAI HOSPITAL MYSALAM
Anda boleh rujuk di SENARAI HOSPITAL MYSALAM untuk tuntutan mysalam.
CARA BUAT TUNTUTAN MYSALAM
I. Tuntutan penyakit kritikal
- Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
- Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
- Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
II. Tuntutan hospitalisasi
- Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- a) Salinan Nota Discaj
- b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
TEMPOH TUNTUTAN MYSALAM
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian MYSALAM.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan MySalam 2024, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938 atau boleh juga emailkan ke alamat berikut: [email protected] atau lawat kiosk MySalam di Hospital Kerajaan terdekat.