PENSTRUKTURAN SEMULA BAYARAN PTPTN 2024 : MOHON SEKARANG
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300, sebuah inisiatif khas bagi menggalakkan peminjam yang mempunyai tunggakan untuk mula membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Kempen ini bertujuan untuk membantu peminjam dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik dan memastikan kelancaran bayaran balik pinjaman.
Kempen ini berlangsung dari 1 Jun 2024 sehingga 31 Julai 2024 dan terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen, tidak kira sama ada pinjaman konvensional atau Ujrah. Rundingan bayaran balik seperti kemudahan pertukaran Ujrah, penggabungan pinjaman dan penjadualan turut layak menyertai kempen ini.
BACA JUGA DISINI : CARA MEMOHON PTPTN : RUJUK DISINI
SYARAT PENSTRUKTURAN SEMULA PTPTN
- Bayaran Tunggakan
- Peminjam dikehendaki membuat bayaran tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman. Melalui kaedah ini, peminjam boleh mengubah/ menyusun semula ansuran bulanan pada Jadual Bayaran Balik (JBB) mengikut kemampuan masing-masing. Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN. Bayaran boleh dibuat melalui semua SALURAN BAYAR BALIK dalam tempoh kempen
- Potongan Gaji atau Debit Terus
- Semasa proses rundingan, peminjam diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik. Ini bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.
Kempen ini menawarkan pelbagai manfaat kepada peminjam, antaranya dapat membantu mengurangkan dan mencapai zero tunggakan sekali gus dapat memperbaiki rekod kredit peminjam. Selain itu, peminjam dapat memastikan bayaran balik seterusnya dibuat secara konsisten setiap bulan melalui kaedah potongan gaji atau debit terus.
PTPTN sedia bantu peminjam untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik melalui kempen ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk memastikan masa depan yang lebih cerah tanpa beban tunggakan.
LANGKAH PENSTRUKTURAN SEMULA BAYARAN PTPTN 2024
Berikut adalah langkah untuk membuat rundingan dengan PTPTN:
- Hantar dan isi permohonan di aplikasi myPTPTN.
- PTPTN akan menghubungi peminjam dan membuat rundingan. Semasa rundingan, peminjam perlu memaklumkan pendapatan dan komitmen yang ditanggung supaya jumlah bayaran adalah bersesuian dengan kemampuan peminjam.
- Selepas peminjam dan PTPTN bersetuju dengan keputusan rundingan, peminjam hendaklah membuat persetujuan potongan gaji/ direct debit.
- Seterusnya peminjam hendaklah menandatangani dokumen tawaran perjanjian di dalam myPTPTN.
- Selepas perjanjian diterima oleh PTPTN, peminjam hendaklah memulakan bayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu seperti mana yang telah dipersetujui semasa rundingan.
- Disini juga disediakan BORANG PERMOHONAN PENJADUALAN/ PENSTRUKTURAN SEMULA PINJAMAN PENDIDIKAN pdf. bagi pemohonan manual.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan rundingan sama ada pertukaran Ujrah/ penggabungan/ penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000
Live chat di Portal PTPTN
Eksekutif Jualan
e-Aduan PTPTN
Media sosial rasmi @PTPTNOfficial