PERMOHONAN BANTUAN BANJIR RM1000 : PERMOHONAN & SEMAKAN
BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1,000 adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa-mangsa banjir yang layak. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan akibat bencana banjir.
Berikut adalah maklumat penting tentang bantuan ini:
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN PEKEBUN KECIL MUSIM TENGKUJUH : SEMAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI)
Kriteria Kelayakan
- Kelayakan Penerima: BWI hanya diberikan kepada ketua isi rumah yang merupakan warganegara Malaysia.
- Pengesahan Kelayakan: Setiap permohonan perlu disahkan oleh Pegawai Daerah bagi memastikan mangsa benar-benar terjejas.
- Had Bantuan: Hanya satu rumah bagi setiap ketua isi rumah yang layak untuk menerima BWI, tanpa mengira bilangan isi rumah dalam keluarga.
- Bantuan Sekali Sahaja: Kelayakan untuk BWI bagi bencana banjir hanya diberi sekali dalam satu musim bencana yang diisytiharkan. Jika bencana berlaku lebih daripada sekali, tiada bantuan tambahan akan diberikan.
- Pendaftaran untuk Pusat Pemindahan Sementara (PPS): Bagi ketua isi rumah yang berpindah ke PPS, pendaftaran BWI tidak diperlukan, kerana senarai nama akan dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Pejabat Daerah.
- Dokumen Sokongan: Perlu menyediakan dokumen seperti kad pengenalan, pengesahan kerosakan, dan dokumen berkaitan (jika diperlukan).
**Bagi ketua isi rumah yang rumahnya terkesan tetapi tidak berpindah ke PPS, pendaftaran boleh dilakukan melalui ketua masyarakat atau di Pejabat Daerah terdekat.
NOTA PENTING !!!
- Semua proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan, dan agihan BWI adalah tanggungjawab Pejabat Daerah/Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)/Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
- Peruntukan BWI disalurkan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN), yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
- NADMA tidak terlibat dalam proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan, atau agihan BWI kepada ketua isi rumah.
JUMLAH BANTUAN BANJIR
Setiap ketua isi rumah akan menerima RM1,000 tanpa mengira bilangan ahli keluarga.
CARA BUAT PERMOHONAN BANTUAN BANJIR RM1000
- Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
- Bagi mereka yang berpindah ke PPS, ketua isi rumah boleh berhubung dengan petugas di PPS.
- Bagi mereka yang tidak berpindah ke PPS, permohonan perlu dilakukan melalui ketua masyarakat atau Pegawai Daerah. Kelulusan permohonan tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah serta Pengerusi JPBD.
- Nota: Tiada permohonan secara dalam talian.
DOKUMEN YANG PERLU ADA UNTUK MOHON BANTUAN BANJIR
- Mereka yang mendaftar ke PPS (PUSAT PINDAHAN SEMENTARA) dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan, kerana urusan akan diuruskan oleh JKM.
- Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua masyarakat.
- Mereka yang tidak berpindah ke PPS perlu mendaftar dengan ketua masyarakat.
MAKLUMAT LANJUT
Orang awam boleh merujuk Portal NADMA atau lampiran FAQ berkenaan BWI. Klik ke laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk maklumat terkini mengenai bencana banjir, amaran hujan lebat, dan paras air sungai di seluruh Malaysia: https://publicinfobanjir.water.gov.my/