PERMOHONAN KAD NIKAH ONLINE : SCAN QR CODE DISINI
Pasangan pengantin kini boleh memohon kad perakuan nikah atau menggantikan kad baharu secara digital pada 2 Januari lalu.
BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN NIKAH ONLINE (PERMOHONAN UNTUK SETIAP NEGERI)
SYARAT-SYARAT MEMOHON NIKAH SECARA ONLINE
- Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan hendaklah mengisi borang permohonan ini dan mendapatkan kebenaran bawah umur daripada Mahkamah Syariah.
- Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.
- Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan.
- Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :-
- Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap.
- Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
- Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak.
- Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja). Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut dengan 2 SALINAN.
DOKUMEN DAFTAR NIKAH ONLINE
- Dua (2) salinan fotostat kad pengenalan pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika warganegara Malaysia.
- Dua (2) salinan fotostat passport pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika bukan warganegara Malaysia.
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang ASAL dan dua (2) salinan fotostat. (Bagi yang memegang mana-mana sijil pengajian Islam dalam dan luar negeri, boleh memohon PENGECUALIAN kursus Pra Perkahwinan Islam).
- Borang Ujian Saringan HIV (Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan SAHAJA) dan dua (2) salinan fotostat.
- Surat Perakuan Perceraian asal dan Dua (2) salinan fotostat jika pemohon duda atau janda.
- Dua (2) salinan fotostat Sijil Kematian bagi pasangan duda atau balu dan SERTAKAN Surat Perakuan Nikah terdahulu dan Sijil Kelahiran Anak (Jika ada).
- Salinan kenyataan memeluk Islam jika pemohon baru memeluk Islam dan dua (2) salinan fotostat.
- Kelulusan daripada KAGAT/PDRM jika pemohon adalah anggota tentera/Polis dan dua (2) salinan fotostat.
- Borang wakalah wali JIKA perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah dan dua (2) salinan fotostat.
- Salinan Sijil Kematian jika WALI (bapa) meninggal dunia dan dua (2) salinan fotostat.
- Surat kelulusan berkahwin daripada kedutaan dan Jabatan Imigresen bagi pemohon bukan warganegara dan dua (2) salinan fotostat.
- Dua (2) salinan fotostat kad pengenalan dua (2) orang saksi akad nikah (bagi perkahwinan dalam negeri Kelantan sahaja).
- Surat Pengecualian Kursus Praperkahwinan dari Pejabat Agama bagi had umur melebihi 50 tahun ke atas bagi lelaki dan 45 tahun ke atas bagi perempuan dan dua (2) salinan fotostat
- Gambar dua (2) keping Lelaki (bersongkok) dan Perempuan (menutup aurat) berlatarbelakang warna BIRU bagi WARGANEGARA dan warna MERAH bagi BUKAN WARGANEGARA
CARA MEMBUAT SEMAKAN NIKAH SECARA ONLINE
- Semakan boleh dibuat melalui pautan ini SEMAKAN NIKAH ONLINE.Pemohon haruslah mengisi No.Mykad / No.KP Lama / Polis / Tentera / Pasport bagi pemohon lelaki.
- Semakan boleh dibuat melalui pautan ini SEMAKAN NIKAH ONLINE.Pemohon haruslah mengisi No.Mykad / No.KP Lama / Polis / Tentera / Pasport bagi pemohon perempuan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KAD NIKAH ONLINE
- Pemohon mestilah SCAN QR CODE yang disediakan terlabih dahulu.
- Lengkapkan permohonan dengan maklumat yang diperlukan.
- Permohonan disemak dan pengesahan akan diberi malalui emel dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Permohonan lengkap diproses dalam tempoh 10 hari bekerja dari pengesahan diberikan.
- pelanggan mengambil Kad Perakuan Nikah di One Stop Center JAIS,Shah Alam.
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Bangunan Sultan Idris Shah, No 2 Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam Selangor
Tel:03-55143600/3400
Faks: 03-55103368
Email: [email protected]