PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024 : MOHON SEKARANG

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024 : MOHON SEKARANG

Permohonan lesen percuma 2024 kini dibuka oleh kerajaan. Lesen percuma ini hanya untuk 35,000 orang golongan B40 saja. Jadi jangan lepaskan peluang cara mohon lesen percuma 2024 b40.Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2024. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

BACA JUGA DISINI : RENEW ROADTAX ONLINE : MUDAH DAN CEPAT(e-LKM MyJPJ)

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024

Disini dikongsikan syarat-syarat permohonan lesen memandu percuma 2024 :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  • Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  • Sihat Fizikal Dan Mental
  • Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  • Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

CARA MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA

Permohonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan ini (BORANG PENYERTAAN)

SYARAT PENYERTAAN MyLESEN B2

  • Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  • Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  • Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di emel : [email protected]

19 thoughts on “PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2024 : MOHON SEKARANG”

  1. Setinggi tinggi harapan agar nama saya terpilih sebagai orang yang bertuah untuk terpilih mendapatkan lesen memandu percuma….

    Reply
  2. Semoga dpt lesen percuma amin. sy mohon semoga dpt kerana mudah untuk pergi ke sekolah nanti takpayah mak ayah susah² hantar.

    Reply
    • Saya pun sudah cuba mohon tapi kenapa sejak awal September di tutup atas sebeb penyelenggaran sedangkan tempoh hgga penghujung Oktober 2024.

      Reply

Leave a Comment