PERMOHONAN MYKASIH RM100 2025 : PERMOHONAN ONLINE 2025

PERMOHONAN MYKASIH RM100 2025 : PERMOHONAN ONLINE 2025

Program bantuan “MyKasih RM100” ialah salah satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan, terutamanya golongan B40. Program ini biasanya memberikan bantuan secara bulanan atau one-off dalam bentuk e-wallet atau baucar yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.

Berikut adalah langkah umum untuk membuat permohonan (bergantung kepada kemas kini terkini dari pihak berkuasa):

BACA JUGA DI SINI : BUAT SEMAKAN BANTUAN STR 2025 FASA 1 SEKARANG : SEMAKAN & KEMASKINI

KELAYAKAN PERMOHONAN MYKASIH

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon MyKasih :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

PERMOHONAN MYKASIH RM100 2025

Ikuti cara memohon bantuan MyKasih secara online di pautan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

*Berdasarkan soalan lazim untuk menerima Bantuan MyKasih, pemohon mestilah membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mendaftar dengan e-Kasih.

PERMOHONAN SECARA MANUAL

Individu / orang awam boleh memohon atau mendaftar e-Kasih melalui cara berikut :

  1. Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Melalui telefon; atau
  3. Surat; atau
  4. e-mel rasmi; atau
  5. Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

MISKIN TEGARMISKIN SERDEHANABUKAN MISKIN
Isi Rumah : RM1,200Isi Rumah : RM1,200Isi Rumah : RM300
Warga Emas : RM1,200Warga Emas : RM1,200Warga Emas : RM150
Bujang : RM600Bujang : RM600Bujang : RM150

CARA PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH RM100

  • Secara tanpa tunai melalui akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan (Penerima Semenanjung Malaysia); atau
  • Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pengkreditan ke dalam akaun bank.

BANTUAN TALIAN MYKASIH

Laman MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Talian Hotline MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment