PERMOHONAN NIKAH ONLINE : DAFTAR NIKAH ONLINE SETIAP NEGERI
Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Nikah Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.
Permohonan nikah online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Johor dan Selangor namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.
BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN KAD NIKAH ONLINE : SCAN QR CODE DISINI
BAGAIMANA CARA DAFTAR NIKAH ONLINE
Di sini kami kongsikan prosedur nikah Selangor,Kuala Lumpur KL ,Johor ,Melaka, Negeri Sembilan Sabah ,Sarawak, Perlis, kelantan ,Terengganu ,Langkawi Kedah, Perak ,Pahang ,Kedah, Pulau Pinang dan termasuk prosedur daftar nikah online.
SENARAI SEMAK BORANG NIKAH ONLINE UNTUK SETIAP NEGERI
- Borang permohonan nikah SSPIM untuk Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk lelaki dan perempuan.
- www.sppim.gov.my (Borang Nikah)
Selain daripada negeri di atas,negeri lain boleh klik link yang disediakan untuk mendaftar nikah secara online.
- Johor
- Selangor (Disediakan panduan cara untuk mendaftar nikah secara online)
- Sabah
- Sarawak
- Kelantan
- Pulau Pinang
- Pahang
- Terengganu
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (DOKUMEN NIKAH LELAKI & DOKUMEN NIKAH PEREMPUAN)
- Kad Pengenalan dan Salinan kad pengenalan
- Salinan Kad Pengenalan Dua Orang Saksi lelaki (Saksi Borang)
- Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan Salinan
- Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
- Surat pengesahan status pemohon dari Majikan (Muslim Islam) atau Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah)
- Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah) ** jika alamat tempat tinggal kini berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan.
- Salinan Kad Pengenalan Wali (Bagi perempuan)
- Sijil Nikah IbuBapa dan Salinan (Bagi perempuan)
- Sijil Kematian Bapa (Jika wali selain bapa)
- Sijil Cerai/Kematian & Sijil Nikah serta Salinan (Sekiranya anda duda/janda)
- Surat Akuan Memeluk Islam (Bagi Mualaf)
- Akuan Bersumpah Belum Berkahwin / Perintah Pembubaran Perkahwinan dari Mahkamah (Bagi Mualaf)
- Kebenaran Mahkamah (Sekiranya anda ingin berpoligami/wali hakim/ janda berhias/bawah umur)
- Kebenaran Khas Majikan (Bagi anggota Polis/Tentera)
- Kebenaran Khas Istana (Jika berkahwin dengan kerabat Diraja)\
SYARAT DAFTAR NIKAH ONLINE
- Ambil sijil kursus kahwin. Sila hadiri kurus kahwin terlebih dahulu baik di Melaka Negeri Sembilan Kuala Lumpur Kl Selangor Sabah Sarawak Kelantan Terengganu Pulau Pinang Penang Johor Pahang Kedah Perak
- Sila ambil ujian HIV test. Pastikan ia sah 6 bulan dari tarikh nikah yang telah anda pilih
- Sila ambil borang permohonan nikah. Caranya, boleh semak panduan di bawah ini
CARA ISI BORANG NIKAH ONLINE
Kami bagi langkah demi langkah untuk memudahkan anda faham bagaimana cara isi borang nikah.
- Pastikan lelaki isi borang nikah terlebih dahulu
- Borang nikah pihak lelaki perlu disahkan oleh Pejabat Agama Daerah
- Serahkan borang anda kepada pihak perempuan
- Borang nikah pihak perempuan perlu disahkan oleh Pejabat Agama Daerah
NOTA: Borang permohonan kedua dua pihak perlu dihantar kepada Pejabat Agama Daerah Jabatan Agama Islam masing-masing 3 bulan sebelum dari tarikh nikah anda.
CARA DAFTAR KURSUS KAHWIN ONLINE
Daftar permohonan kursus kahwin online :
- Pulau Pinang
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
CARA DAFTAR SPPIM BORANG NIKAH
Sistem sppim untuk negeri mana? Ia adalah sistem untuk Negeri Sembilan,Melaka, Perlis, Kedah, Perak,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Johor.
Negeri yang memerlukan daftar kursus kahwin online melalui sistem SPPIM
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Perlis
- Kedah
- Perak
- Kuala Lumpur
- Labuan
- Johor
BORANG HIV
Sila download borang HIV ini yang sah untuk semua negeri di Malaysia termasuk Melaka Sabah Sarawak kelantan Terengganu Labuan Pulau Pinang Penang Johor Perlis Kedah Perak Selangor Kuala Lumpur KL Pahang dan Negeri Sembilan
DOWNLOAD BORANG : BORANG HIV PDF
Sila download dan buat 2 salinan yang perlu diisi selengkapnya dan dibawa ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan anda untuk tujuan pemeriksaan.
ADUAN
SEBARANG ADUAN BERKAITAN SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM) BOLEH DI HANTAR TERUS MELALUI EMEL [email protected] ATAU
SILA HUBUNGI MEJA BANTUAN SPPIM DI TALIAN :
03-8870 7453 / 03-8870 7454 / 03-8870 7455 / 03-8870 7496 / 03-8870 7975 / 03-8870 7460