PERMOHONAN PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM 2024 : MOHON ONLINE
Tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan kini dibuka.
Inisiatif oleh YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek adalah di antara tindakan untuk “meringankan” beban guru untuk bersama keluarga.
Bagi anda yang berumur 18 – 65 tahun berminat dan menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2024/2025 ini, bolehlah memohon.
Rujuk info sepenuhnya di bawah.
BACA JUGA DI SINI : ELAUN PENGAWAS SPM : SEMAK ELAUN TERKINI (Sukarelawan)
PENGENALAN
Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM mulai Disember 2024 hingga Februari 2025.
Tawaran sukarelawan ini dibuka untuk tugas sebagai PENGAWAS PEPERIKSAAN SAHAJA serta dibuka kepada :
- Pelajar lnstitut Pengajian Tinggi Awam, lnstitut Pengajian Tinggi Swasta, lnstitut Pendidikan Guru, Lepasan Asasi/Matrikulasi Kakitangan Bukan Kerajaan/Pesara Kerajaan/Pesara Swasta
- Pelantikan sukarelawan bagi pengendalian peperiksaan SPM Tahun 2024 untuk tempoh peperiksaan mulai 31 Disember 2024 hingga 6 Februari 2025.
Sehubungan itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria berikut:
- Prinsip : Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan;
- Elaun : Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam;
TUGAS PENGAWAS SPM
- Senarai tugas yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan;
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa;
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan;
- Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan;
- Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung, dan
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.
SYARAT PERMOHONAN
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik;
- Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah;
- Dalam daerah yang sama (tidak lebih 25km sehala); dan
- Mempunyai pengangkutan sendiri;
CARA MOHON PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM 2024
- Permohonan melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/auth/login
- Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
- Klik pada PAUTAN https://elp.moe.gov.my/auth/login
- Daftar sebagai pengguna terlebih dahulu
- Pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama
- Isi Maklumat Diri
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PENGAWAS PEPERIKSAAN
Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2024, sila rujuk saluran berikut:
Laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/home/main