PERMOHONAN RAYUAN PDPP 2024 : MOHON DISINI

PERMOHONAN RAYUAN PDPP 2024 : MOHON DISINI

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda
tanpa pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program
Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2024.

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru
(IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah
rendah KPM.Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP
selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN IPG (MOHON DISINI)

CARA MOHON PDPP

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang
    KPM di alamat MOHON PDPP.
  2. Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh
    mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. (sila rujuk tarikh-tarikh
    penting pengambilan PDPP)
  3. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup
    permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak
    membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.
  4. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh
    menduduki e-UKCG.
  5. Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang
    RUJUKAN PERMOHONAN bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan
    Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan tarikh-tarikh
    penting pengambilan.
  6. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa bagi
    mendapatkan maklumat terkini. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang
    aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
  7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

PANDUAN PERMOHONAN PDPP

Disini disertakan rujukan untuk pemohon yang ingin membuat pemohonan PDPP.

PERMOHONAN RAYUAN PDPP 2024

Bagi pemohon yang gagal atau permohonan ditolak disebabkan beberapa perkara berikut :

  • Kegagalan mengemukakan salinan dokumemen menyebabkan permohonan tidak dapat dipertimbangkan.
  • Sekiranya tiada pilihan kluster yang bersesuaian dengan Ijazah Sarjana Muda anda TIDAK LAYAK memohon bidang yang ditawarkan.

Pemohon yang gagal diberi peluang untuk membuat rayuan.Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan rayuan :

  • Permohonan rayuan pdpp 2024 boleh dibuat selepas keputusan permohonan dikeluarkan.
  • Rayuan boleh dibuat SECARA DALAM TALIAN SAHAJA menerusi butang e-Rayuan di laman sesawang PDPP: Permohonan Rayuan (e-Rayuan). Rayuan yang dibuat selain daripada kaedah di atas tidak akan dipertimbangkan.

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6768/

1 thought on “PERMOHONAN RAYUAN PDPP 2024 : MOHON DISINI”

Leave a Comment