PERMOHONAN TEMUJANJI IMIGRESEN : MOHON ONLINE
STO 2.0 TEMUJANJI menawarkan perkhidmatan khas berkaitan dengan Pekerja Asing, Perkhidmatan Ekspatriat, Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Visa & Pas dan perkhidmatan UTC.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang cara membuat permohonan temujanji online melalui STO 2.0 (Sistem Temujanji Online) Jabatan Imigresen Malaysia.
BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA (MOHON SEKARANG)
TEMUJANJI STO ONLINE
Permohonan janji temu dalam tempoh PKP sebelum ini dilakukan melalui Sistem Temujanji Online (STO) di Portal STO 2.0 Imigresen Malaysia.
Perkhidmatan secara janji temu dilaksanakan bagi memastikan langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 dapat dipatuhi terutama dari aspek penjarakan fizikal serta mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.
Sistem Temujanji Online (STO) bagi permohonan dan pembaharuan passport Malaysia dimansuhkan mulai 11 Mei 2022.
**STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.
CARA BUAT TEMUJANJI IMIGRESEN ONLINE
Sila layari laman web rasmi http://sto.imi.gov.my/sto/booking.php
Isikan nama dan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakan
Pilih cawangan dan masa untuk hadir ke kaunter
Sila semak dan sahkan sebelum menghantar permohonan.
Pemohon mesti mengisi semua maklumat dalam ruangan yang diperlukan.
Maklumat tersebut termasuk Nama, No Kad Pengenalan / Pasport, Alamat Penuh, Alamat E-mel dan butiran maklumat lain. Jabatan Imigresen berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang didapati tidak lengkap/tidak sah.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk MANUAL PENGGUNA DI PAUTAN BERIKUT: http://sto.imi.gov.my/sto/manual/sto_user_manual.pdf
SYARAT-SYARAT BUAT TEMUJANJI ONLINE
1) Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain;
2) Permohonan temujanji boleh dibuat seawal enam(6) bulan sebelum dan selewat – lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
3)Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
4) Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
5) Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
6) Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
7)Satu temujanji bagi setiap permohonan/individu. Pemohon hendaklah mengemukakan tempahan temujanji secara berasingan bagi ahli keluarga/pasangan;
8) Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
9) URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA TUNAI.
Sila rujuk maklumat berikut jika berkaitan:
SEMAKAN TEMUJANJI IMIGRESEN ONLINE
PENJADUALAN SEMULA TEMUJANJI IMIGRESEN ONLINE
PEMBATALAN TEMUJANJI IMIGRESEN ONLINE
PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA
PEMANSUHAN TEMUJANJI ONLINE PEMBAHARUAN PASSPORT
Pemansuhan Temujanji Online Bagi Pembaharuan Pasport Mulai 11 Mei 2022.
Jabatan Imigresen memansuhkan Sistem Temujanji Online (STO) serta memanjangkan waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport dan kaunter bagi mengatasi kesulitan berhubung permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengumumkan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di luar Lembah Klang dimansuhkan mulai 9 Mei 2022 manakala di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka pula dimansuhkan mulai 16 Mei 2022.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) http://eapp.imi.gov.my/spo bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai Jabatan Imigresen Malaysia.
ATAU
Rujuk Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs) http://sto.imi.gov.my/sto/faq_sto.php
ATAU
Hubungi talian Hotline di 03-88882010 dan 03-80008000.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Jabatan Imigresen Malaysia di https://www.imi.gov.my atau portal yang berkaitan di bawah:
Portal Rekalibrasi : https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main
Sistem Maid Online (SMO) : https://maid-online.imi.gov.my/maid/main
My Travel Pass : https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main
ePLKS@JIM : https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main