POLITEKNIK PREMIER DI MALAYSIA : POLITEKNIK SETANDING UNIVERSITI AWAM
Terdapat 27 buah Politeknik tidak termasuk 4 buah Poli METrO di seluruh Malaysia. Pengajian di Politeknik menawarkan Program Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar lepasan SPM dan setaraf. Memasuki Politeknik adalah salah satu pilihan buat pelajar dalam menyambung pengajian tinggi mereka selain Universiti awam, IPTS dan Kolej Kemahiran (ILKA).
BACA JUGA DISINI : BORANG PERMOHONAN POLITEKNIK
BEZA POLITEKNIK PREMIER DAN KONVENSIONAL
Berikut dikongsikan apakah perbezaan di antara Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional / METrO untuk panduan dan rujukan pelajar semua.
SENARAI POLITEKNIK PREMIER DI MALAYSIA
POLITEKNIK PREMIER
- Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti awam. Permohonan kemasukan adalah melalui Permohonan UPU secara online. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier. Kriteria pengambilan pelajar menjurus kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
- Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Kini terdapat tiga politeknik premier iaitu :
- Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
- PSA – Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor
- Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
SENARAI POLITEKNIK KONVENSIONAL DI MALAYSIA
POLITEKNIK KONVENSIONAL
- Adalah politeknik biasa yang diwujudkan sebelum ini. Pengambilan pelajar adalah untuk lepasan SPM adalah melalui UPU Online atau pun melalui Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik. Antara lain Poli Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa.
- SENARAI POLITEKNIK KONVENSIONAL DI MALAYSIA :
- Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang
- Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
- Kota Bharu, Kelantan
- Politeknik Kuching, Sarawak
- Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
- Kota Kinabalu, Sabah
- Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
- Politeknik Kota, Melaka
- Kota Kuala Terengganu, Terengganu
- Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu
- Politeknik Merlimau, Melaka
- Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
- Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
- Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
- Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
- Politeknik Muadzam Shah, Pahang
- Politeknik Mukah, Sarawak
- Balik Pulau, Pulau Pinang
- Politeknik Jeli, Kelantan
- Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
- Banting, Selangor
- Politeknik Mersing, Johor
- Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
- Sandakan, Sabah
- Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Muar, Johor
SENARAI POLITEKNIK METRO DI MALAYSIA
- Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.
- Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.
- Permohonan kemasukkan adalah fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.
- SENARAI POLITEKNIK METRO DI MALAYSIA :
- Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
- Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
- METrO Johor Bahru (PMJB)
- Politeknik METrO Betong (PMB)
- Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)
MAKLUMAT LANJUT
- Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Galeria PjH Aras 4-7, Jalan P4W Persiaran Perdana Presint 462100 Putrajaya - Tel: 03 8891 9000
- Faks: 03 8891 9300
- Email: [email protected]