RAYUAN PRASEKOLAH KPM 2025 : MOHON RAYUAN SEKARANG

RAYUAN PRASEKOLAH KPM 2025 : MOHON RAYUAN SEKARANG

Perhatian kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan anak ke dalam prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM. Untuk makluman, permohonan Prasekolah KPM bagi sesi 2025/ 2026 dibuka secara online pada 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024. Penawaran kemasukan pelajar eprasekolah terhad mengikut kuota yang disediakan di setiap sekolah kebangsaan.

Berikut adalah info lanjut tentang syarat kelayakan, tarikh permohonan, serta cara pendaftaran prasekolah melalui laman web ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA (MOHON SEKARANG)

ePRASEKOLAH

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.

Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:

  1. PERMOHONAN PRASEKOLAH 2025 KPM
    • Borang permohonan
    • Semak dan kemas kini permohonan
    • Rayuan permohonan
  2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA
    • Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif
  3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH
    • Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM
  4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2025
    • Semak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan

TARIKH PERMOHONAN PRASEKOLAH 2025

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2025 / 2026 secara dalam talian dibuka Mulai 1 Mac 2024 Hingga 30 April 2024.

Bagi permohonan manual pula, permohonan boleh dibuat terus di sekolah yang dimohon. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar.

SYARAT PERMOHONAN PRASEKOLAH 2025

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.

CARA MOHON PRASEKOLAH 2025

Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah yang dinyatakan seperti berikut;

1) SECARA DALAM TALIAN bermula 1 Mac hingga 30 April 2024 melalui laman sesawang PRASEKOLAH KPM.

2) SECARA MANUAL bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2024 dengan menghantar borang permohonan ke sekolah yang dimohon.

CARA MOHON PRASEKOLAH 2025 ONLINE

Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM
    • Layari laman sesawang ePRASEKOLAH sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2024)
  2. Daftar & Login
    • Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
    • Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
    • Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.
  3. Lengkapkan Maklumat
    • Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
    • Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
    • Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
    • Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
    • Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
  4. Kemaskini & Cetak
    • Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya berserta dokumen yang berkaitan.

MAKLUMAT PENTING

  • Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
  • Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
  • Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
  • Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
  • Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

SEMAK STATUS PERMOHONAN PRASEKOLAH 2025

Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2025 Bermula 5 Ogos 2024. Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2024.

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang ePRASEKOLAH KPM.

Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada :

  • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
  • Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
  • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
  • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
  • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

RAYUAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2025

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang RAYUAN PRASEKOLAH KPM bermula 5 Ogos 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada [email protected].

Leave a Comment