RAYUAN TUKAR SEKOLAH DARJAH 1 : https://idme.moe.gov.my/login

RAYUAN TUKAR SEKOLAH DARJAH 1 : https://idme.moe.gov.my/login

PERMOHONAN RAYUAN PENEMPATAN DARJAH 1

Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan mulai 1 Oktober hingga 30 Oktober 2024.

Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak bersetuju dengan penempatan yang dipaparkan, mereka boleh membuat rayuan.

Sila rujuk panduan di bawah:

  1. Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  2. Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  3. Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  4. Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

TINDAKAN SEKOLAH

  1. MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
  2. Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
  3. Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
  4. Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut.

CARA MOHON RAYUAN TUKAR SEKOLAH DARJAH 1

  1. Login https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik pengesahan penempatan
  3. Cetak surat tawaran
  4. Mohon RAYUAN (dalam sistem idMe) mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2024.
  5. Keputusan rayuan akan keluar pada bulan Disember.
  6. Semakan keputusan rayuan penempatan Tahun 1 boleh dibuat mulai 1 Disember 2024.

LUPA KATA LALUAN IDME

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

  1. Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
  2. Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
  3. Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

SEMAKAN PERMOHONAN DARJAH 1 : SEMAK DI SINI

Keputusan penempatan & permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2025 / 2026 di sistem idME akan dibuka mulai 1 Oktober 2024 untuk memudahkan ibu bapa membuat cetakan untuk pendaftaran.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2025/2026.

BACA JUGA DI SINI : PERMOHONAN BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH

SEMAKAN PERMOHONAN DARJAH 1

Dimaklumkan keputusan penempatan Tahun 1/PPKI bagi sesi persekolahan 2025/2026 boleh disemak mulai 1 Oktober 2024 (Selasa) melalui sistem Pengurusan IDentiti (idMe) di pautan berikut – https://idme.moe.gov.my/login

RAYUAN PENEMPATAN DARJAH 1

  • Rayuan hanya melalui sistem idme – dibuka mulai 1 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024. Sila login ke pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk rayuan.
  • Semakan keputusan rayuan mulai sistem idme mulai 1 Disember 2024 – 31 Disember 2024

**MAKLUMAT TAMBAHAN RAYUAN

  • Sekiranya keputusan rayuan TIDAK BERJAYA – ibu bapa penjaga perlu sahkan penempatan yang telah diberi sebelum ini. Sekiranya rayuan BERJAYA – ibu bapa perlu sahkan penerimaan sekolah berdasarkan kelulusan rayuan tersebut.
  • Permohonan pindah sekolah dalam daerah mulai minggu ke-2 sesi persekolahan baharu (guna borang PUA275)
  • Permohonan pindah sekolah antara daerah/antara negeri boleh mohon RESET melalui PPDHL.
  • Daftar Lewat – boleh mohon melalui sistem idme sehingga 17 Januari 2025.
  • Daftar Lewat – guna borang ASBS mulai 19 Januari 2025.

CARA SEMAKAN PERMOHONAN DARJAH 1

  • LANGKAH 1 – Login ke portal idMe https://idme.moe.gov.my/login
  • LANGKAH 2 – Pergi bahagian Menu
  • LANGKAH 3 – Klik Aplikasi
  • LANGKAH 4 – Klik Pengurusan Awam
  • LANGKAH 5 – Klik bahagian menu.Anda akan dibawa ke bahagian Permohonan.
  • LANGKAH 6 – Klik Pendaftaran Tahun 1 2025
  • LANGKAH 7 – Status permohonan berjaya akan dipaparkan seperti berikut ” PENEMPATAN LULUS “.
  • LANGKAH 8 – Cetak surat tawaran dan hantar ke sekolah.Surat penempatan ini perlu dihantar ke pejabat sekolah sebelum 31 Oktober 2024.Ibu bapa perlu membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran penempatan Tahun 1.

TINDAKAN IBUBAPA

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.

PERAKUAN PENEMPATAN

  1. Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
  2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
  3. Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk membuat sebarang pertanyaan boleh hubungi JPN di negeri masing-masing.Rujuk di bawah senarai cawangan JPN di setiap Negeri.

Leave a Comment