REGISTER SSM ONLINE : IKUTI LANGKAH DI SINI UNTUK DAFTAR SSM ONLINE
Kepada anda yang baru memulakan perniagaan dan ingin serius melakukan perniagaan tersebut, kini anda boleh mendaftar perniagaan anda melalui ezBiz SSM online.
Berikut dikongsikan cara buka perniagaan Enterprise atau Tunggal secara online sahaja.
Ikuti langkah yang disediakan di bawah untuk proses pendaftaran.
BACA JUGA DI SINI : CARA BUAT ONLINE BANKING BSN : RUJUK DISINI
JENIS PERNIAGAAN SSM
Perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).
Ini bermakna, selain bisnes penjualan barang-barang atau makanan, servis tertentu seperti khidmat rider atau freelance juga termasuk antara perniagaan yang boleh didaftarkan.
Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan
bentuk perniagaan adalah seperti berikut :
- Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
- Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi
SYARAT DAFTAR SSM
- Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
- Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
Syarat-syarat lain :
- Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
- Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
- Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
- Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.
REGISTER SSM ONLINE
- Layari laman web REGISTER SSM ONLINE
- Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.
- Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ID NO dan isikan nama penuh pada ruang NAME AS PER IC.
- Tekan butang REGISTER.
- Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.
- Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
- Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
- Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web tadi.
- Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
- Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
- Nama perniagaan
- Tarikh permulaan perniagaan
- Alamat utama perniagaan
- Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
- Maklumat pemilik dan rakan kongsi
- Jenis perniagaan yang akan dijalankan
- Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
- Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
- Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.
CARA CETAK SSM
Pihak SSM telah memperkenalkan SSM DCTC (Digital Certified True Copy) QR code reader dan Web Checker bagi semakan dokumen SSM yang disahkan benar secara digital yang berkuatkuasa pada 11 November 2019 yang lalu yang bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan dokumen CTC untuk syarikat anda.
- Klik pautan ini untuk cetak ssm online : Cetak semula SSM sengan salinan yang disahkan (CTC)
CARA TUTUP AKAUN SSM
- Penamatan boleh didaftarkan atas sebab-sebab berikut:
- Berhenti berniaga
- Bankrap
- Kematian pemilik
- Perintah mahkamah
- Perniagaan berdaftar yang belum tamat tempoh perakuan pendaftaran perniagaan dibenarkan mendaftarkan penamatan perniagaan.
- Mendaftarkan penamatan perniagaan atas sebab kematian dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kematian.
- Isi maklumat akaun syarikat yang ingin ditamatkan di pautan ini PENAMATAN PERNIAGAAN.
BORANG 24 SSM/BORANG 49 SSM
Borang 24 dan 49 adalah borang-borang yang digunakan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), badan regulasi yang mengawasi pendaftaran syarikat dan urusan perniagaan di Malaysia.
- Borang 24 (Laporan Peruntukan Saham (Selain Tunai)):
Borang 24 digunakan untuk melaporkan kepada SSM tentang peruntukan saham oleh syarikat untuk pertimbangan selain tunai. Ini termasuk peruntukan saham untuk perkhidmatan yang diberikan, pemindahan aset, atau transaksi bukan tunai lainnya. - Borang 49 (Laporan Menyediakan Butiran dalam Pendaftaran Pengarah, Pengurus, dan Setiausaha serta Perubahan Butiran):
Borang 49 digunakan untuk memberitahu SSM tentang sebarang perubahan berkaitan dengan butiran pengarah, pengurus, dan setiausaha syarikat. Borang ini perlu diserahkan apabila terdapat perubahan dalam pelantikan atau peletakan jawatan pengarah, pengurus, atau setiausaha, atau perubahan dalam butiran mereka seperti alamat atau maklumat pengenalan.
Kedua-dua borang ini penting untuk menjaga rekod yang tepat dengan SSM dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan syarikat di Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumbalas mengenai cara daftar SSM boleh dikemukakan melalui:
MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.
Pusat Panggilan SSM
Tel: 03-7721 4000
Faks: 03-7721 4001
Emel : [email protected]