RENEW ROADTAX ONLINE : MUDAH DAN CEPAT(e-LKM MyJPJ)
Seiring dengan kemajuan teknologi, pengguna kenderaan di Malaysia kini boleh renew roadtax (lesen kenderaan motor @ e-LKM) secara online.
Dengan menggunakan fungsi baharu aplikasi MyJPJ yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Kementerian Pengangkutan (MOT).
Jika sebelum ini aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan untuk memaparkan lesen dan cukai jalan (roadtax). Fungsinya diperluas dengan fungsi untuk memperbaharuai atau renew roadtax LKM Digital (e-LKM) terus melalui aplikasi ini.
MyJPJ
Dengan fungsi terbaru ini, pemilik bebas memperbaharui cukai jalan mereka melalui aplikasi pihak ketiga atau terus melalui aplikasi MyJPJ.
Fungsi pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) & Lesen Kenderaan Motor (LKM) menerusi aplikasi MyJPJ ini akan bermula mulai 1 Februari 2024.
Pertambahan fungsi baharu berkenaan akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM secara digital selain menjimatkan masa, kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
BACA JUGA DISINI : SEMAK SAMAN POLIS MELALUI IC : RUJUK DISINI
RENEW ROADTAX E-LMM DAN E-LKM MELALUI APLIKASI MyJPJ
Bagi menggalakkan orang ramai mula beralih kepada e-LMM dan e-LKM, individu yang menggunakan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) ketika membuat pembaharuan turut akan menikmati rebat RM5.
Rebat bermula 1 Februari sehingga 31 Disember tahun ini hanya bagi mereka yang memilih e-LMM menerusi kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ.
Pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa yang mana pada peringkat permulaan, ia hanya membabitkan kenderaan persendirian individu (warganegara).
Untuk menggalakkan penggunaan e-LMM, individu yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) semasa pembaharuan akan menikmati rebat RM5 yang mana rebat ini akan dinikmati sepanjang 2024 iaitu bermula 1 Februari sehingga 31 Disember.
Inisiatif ini juga hanya kepada warganegara dan tidak terpakai kepada warga asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang, kad MyKAS dan kad MyPR.
CARA RENEW ROADTAX MyJPJ
Ikuti langkah-langkah berikut untuk renew roadtax e-LKM anda melalui aplikasi My JPJ :
- Buka dan log masuk aplikasi MyJPJ
- Klik “Lesen Kenderaan Motor” dan “Pilih Nombor Kenderaan”
- Klik “Pembaharuan”
- Pilih “Tempoh Pembayaran” dan “Mod pembayaran”
- Klik butang “Submit”
- Bayaran pembaharuan cukai jalan anda telah pun berjaya dan resit akan dipaparkan untuk siimpanan dan rujukan anda.
- Isi maklumat kad kredit / kad debit
- Klik butang “Proceed”
- Masukkan kod MSOS
- Bagi anda yang belum memuat turun aplikasi MyJPJ, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun dan memasang aplikasi MyJPJ ini terus ke dalam peranti mudah alih anda:
MAKLUMAT LANJUT
Hubungi Kami
Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya
Aduan/Pertanyaan