RINGKASAN BELANJAWAN 2025 (TERKINI)
Belanjawan 2025 adalah sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia.
Belanjawan 2025 adalah belanjawan ketiga yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.
Selaras dengan tema “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, Belanjawan 2025 ini adalah kesinambungan kepada Ekonomi MADANI, sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia yang berhasrat untuk menaikkan siling potensi ekonomi negara dan lantai mutu kehidupan rakyat.
BACA JUGA DI SINI :
- BANTUAN KEWANGAN WARGA EMAS (MOHON DI SINI)
- CARA SEMAK DAN BAYAR SAMAN POLIS ONLINE
- BANTUAN KERAJAAN 2025
FOKUS BELANJAWAN 2025
Belanjawan MADANI yang ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan akan merancakkan lagi usaha untuk meningkatkan siling dan menstruktur semula ekonomi supaya Malaysia mencapai tahap ekonomi utama di Asia.
Selain siling ekonomi, kerajaan juga ingin menaikkan lantai pendapatan supaya masyarakat terutama di desa, miskin bandar dan pedalaman tidak ketinggalan dalam merasai nikmat perubahan.
Bagi menjayakan reformasi ekonomi negara, Belanjawan 2025 juga akan menumpu kepada usaha penambahbaikan tatakelola untuk meningkatkan kecekapan sektor awam dan menoktahkan budaya rasuah.
TEMA BELANJAWAN 2025
Selaras dengan tema, “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada Ekonomi MADANI.
Seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI bersifat inklusif, rakyat dijemput untuk mengemukakan cadangan di Portal Cadangan Belanjawan 2025.
TARIKH BELANJAWAN 2025
Menurut kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangkaan Belanjawan 2025 adalah pada 18 Oktober 2024.
Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi sidang akhbar.
Katanya, “Sidang Parlimen pada bulan Oktober akan bermula pada 14 Oktober dan Belanjawan 2025 akan dibentangkan pada 18 Oktober. Ini tarikh yang ada pada waktu ini, sekiranya ada apa-apa perubahan kita akan maklumkan.”
RINGKASAN BELANJAWAN 2025
Ringkasan Belanjawan 2025 akan di kemaskini apabila selesai pembentangan oleh Menteri Kewangan.
PENYASARAN SUBSIDI RON 95
- Kerajaan cadang laksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pertengahan 2025, penjimatan akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat
- Subsidi petrol RON 95 bakal dipotong sebanyak RM 8 bilion untuk golongan T15.
- Harga RM 2.05/liter akan kekal buat 85% rakyat.
BELANJAWAN BANTUAN STR,SARA & JKM
- Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Manakala penerima SARA diperluas kepada 4.1 juta penerima, di mana penerima STR kategori isi rumah akan dikreditkan sebanyak RM100 sebulan. Bantuan akan mula dikreditkan pada April 2025
- Penambahan peruntukan membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
- Kadar baharu bagi kategori bujang dinaikkan kepada RM600
ELAUN JKM
Kadar bantuan kebajikan bulanan juga dinaikkan seperti berikut:
- Bantuan Kanak-kanak Keluarga Termiskin
- Berusia 6 tahun dan ke bawah – RM250 (2024 : RM200)
- Berusia 7 sehingga 18 tahun – RM200 (2024 : RM150)
- Bantuan Warga Emas
- dinaikkan kepada RM600 (2024: RM500)
GAJI MINIMUM 2025
Dalam Bajet 2025, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.
Selain itu, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
BONUS PENJAWAT AWAM 2025
- Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- Bantuan ini turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250.
- Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Februari 2025.
INTIPATI BELANJAWAN 2025
Rujuk di sini untuk intipati lengkap Belanjawan 2025 :
Maklumat Lanjut Belanjawan 2025
Ikuti perkembangan terkini dan maklumat sahih Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi https://belanjawan.mof.gov.my/
Sila layari pautan https://www.youtube.com/@PARLIMENMALAYSIA1 atau laman web rasmi https://www.parlimen.gov.my/ untuk makluman terkini.