SEMAK AKAUN SCAMMER : CARA SEMAK NOMBOR AKAUN SCAMMER

SEMAK AKAUN SCAMMER : CARA SEMAK NOMBOR AKAUN SCAMMER

Polis mengambil inisiatif membangunkan aplikasi mudah alih Semak Mule PDRM untuk membolehkan masyarakat semak akaun bank dan nombor telefon yang mempunyai rekod jenayah secara sahih.

Masyarakat boleh akses aplikasi ini di mana jua mereka berada untuk membuat semakan awal sebelum mereka menjadi mangsa penipuan.

BACA JUGA DI SINI : CHECK SAMAN POLIS : SEMAK SAMAN POLIS/JPJ/AES/SPEED TRAP DI SINI

CARA CHECK SCAMMER PDRM

Tidak ramai orang tahu kewujudan portal PDRM ini yang berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Bahagian JSJK ini, dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).

CCID portal atau Semak Mule ini membolehkan seseorang buat semakan penipuan yang berkaitan dengan:

  • Nombor akaun bank
  • Nombor telefon

Berikut di bawah adalah cara membuat semakan nombor akaun bank scammer yang ada dalam pangkalan data PDRM :

CARA SEMAK AKAUN SCAMMER

  1. Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: SEMAK MULE NOMBOR AKAUN
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  4. Untuk semak nombor akaun bank, masukkan nombor akaun bank yang anda ingin buat semakan penipuan online
  5. Pastikan pilih kategori akaun bank
  6. Masukkan captcha seperti gambar di sebelah kiri
  7. Pastikan masukkan captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  8. Klik semak maklumat
  9. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  10. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
  11. Tiada Report Diperolehi (Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada)

CARA CHECK NOMBOR TELEFON SCAMMER PDRM

  1. Pergi ke portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: SEMAK MULE NOMBOR TELEFON
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  4. Untuk semak nombor telefon, masukkan nombor akaun telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online
  5. Pastikan pilih kategori nombor telefon
  6. Masukkan captcha seperti gambar di sebelah kiri
  7. Pastikan masukkan captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  8. Klik semak maklumat
  9. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  10. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
  11. Tiada Report Diperolehi (Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada)

PENAFIAN

Kerajaan Malaysia dan PDRM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Ia tidak memberikan hak kepada mana-mana pihak untuk bertindak bagi PDRM dalam apa-apa jua urusan.

Leave a Comment