SEMAK KADAR TOL PLUS (SEMAK HARGA TERKINI)
Rancang perjalanan anda dengan menyemak jumlah bayaran tol bagi mengelakkan dari kesesakan lalu lintas.Ini bagi mengelakkan masalah kekurangan baki di plaza tol sehingga menyebabkan kesesakan trafik.
BACA JUGA DISINI : CHECK SAMAN POLIS DISINI
Tahukah anda sebenarnya anda boleh semak harga tol lebuhraya mengikut jarak plaza masuk dan plaza keluar ?
SEMAK KADAR TOL PLUS MENGIKUT LALUAN
Bagi memudahkan pengguna jalanraya membuat kadar semakan bayaran tol, sebuah laman web khas khas telah dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Pautan ini membolehkan orang ramai untuk semak kadar bayaran ke destinasi di lebuhraya seluruh Malaysia.
- Klik TOLL FARE CALCULATOR untuk pengguna PLUS HIGHWAY.
- Pilih lebuhraya yang anda ingin gunakan
- Pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar kemudian tekan butang CARI
- Kadar bayaran serta jarak perjalanan akan dipaparkan mengikut kelas kenderaan.
SEMAK KADAR TOL LPT MENGIKUT LALUAN
Cara semak harga tol LPT seterusnya adalah dengan menggunakan laman web atau website TOLL FARE CALCULATOR untuk pengguna LPT HIGHWAY . Melalui paparan toll rates, disediakan 3 lebuhraya utama iaitu KLK, LPT 1 dan LPT 2.
Selain menggunakan website penyelenggara LPT, anda juga boleh menggunakan website Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu cari sama ada lebuhraya KL-Karak, LPT 1 atau LPT 2.
Masukkan lokasi asal atau plaza tol yang anda masuk dan dimana plaza tol yang anda keluar. Kemudian tekan ‘Hantar’. Akan dipaparkan harga tol bagi setiap class kenderaan. Kereta, lori, bas, teksi dan sebagainya.
HARGA BAYARAN TOL
Untuk makluman anda, harga bayaran tol yang dipaparkan melalui pautan berikut sudah dikurangkan sebanyak 18% sejak 1 Februari 2020 !
Ia dilaksanakan bagi Penurunan ini dilaksana bagi semua kenderaan penumpang (kelas 1), teksi (kelas 4), dan bas (kelas 5) sehingga tamat konsesi.
Bagi lori (kelas 2&3) kadar bayaran tol akan kekal sehingga tamat konsesi PLUS pada tahun 2058.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut sila layari website PLUS MALAYSIA BERHAD/LPT2 SDN BHD