SEMAK RAYUAN MATRIKULASI : SEMAK DISINI

SEMAK RAYUAN MATRIKULASI : MATRIKULASI RAYUAN 2024 SEMAK DISINI

Cara Semak Keputusan Rayuan Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025 Online. Perhatian buat pemohon yang gagal dalam mendapat tawaran ke Matrikulasi sesi 2024-2025 dan telah membuat rayuan secara online.Dimaklumkan bahawa Keputusan Calon Rayuan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak mulai 5 Julai 2024.Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan rayuan matrikulasi sesi 2024 / 2025 secara online dan tindakan yang perlu dilakukan untuk membuat pengesahan / setuju terima tawaran.

Untuk makluman, keputusan panggilan pertama pengambilan ke Program Matrikulasi KPM 2024 telah diumumkan pada 20 Jun 2024. Jurusan yang ditawarkan adalah Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) – dua semester. Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Kejuruteraan bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Serta Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) – empat semester. Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.

BACA JUGA DISINI : RAYUAN IKM 2024 : RAYUAN KEMASUKAN IKM KINI DIBUKA

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut: matrikulasi.moe.gov.my

Calon-calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023/2024 dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran

  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran pelajar
  • Maklumat peribadi pelajar
  • Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

MATRIKULASI RAYUAN

Pengumuman semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2024/2025 – Ambilan Kedua mulai 5 Julai 2024 (Jumaat) jam 3.00 petang.
Layari http://matrikulasi.moe.gov.my

TARIKH PENTING KEMASUKAN MATRIKULASI

  • Kemaskini Permohonan / baharu (27-31 Mei 2024)
  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (20 Jun 2024)
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2024)
  • Keputusan Rayuan (5 Julai 2024)
  • Pendaftaran Ambilan 2 (11 / 12 Julai 2024)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042.

ATAU

Sila hubungi:

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Leave a Comment