SEMAK SAMAN POLIS MELALUI IC : RUJUK DISINI

SEMAK SAMAN POLIS MELALUI IC : RUJUK DISINI

Kecanggihan dan kemajuan teknologi hari ini memudahkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya di Malaysia untuk check saman polis atau semak saman JPJ yang tertunggak secara online dengan mudah dan cepat. Jika dahulu proses semak saman polis atau PDRM perlu dilakukan secara bersemuka atau memerlukan anda untuk beratur panjang di kaunter-kaunter saman. Namun kini, segala urusan berkaitan daripada check saman polis sehinggalah pembayaran saman boleh dilakukan di hujung jari dari rumah.

BACA JUGA DISINI : PENCEN ILAT PERKESO (CARA UNTUK MEMOHON PENCEN ILAT)

CARA CHECK SAMAN POLIS DAN JPJ SECARA ONLINE

Semakan saman polis atau PDRM, semakan saman JPJ, semakan saman trafik kini boleh dilakukan dengan mudah secara online.

Berikut portalpermohonan.my menyenaraikan lima cara semak saman polis sebagai rujukan :

Cara Check Saman Melalui MyEG

Anda boleh merujuk panduan ringkas cara menggunakan MyEG untuk check saman polis yang tertunggak seperti berikut:

  1. Layari laman web MyEG
  2. Log Masuk atau Login menggunakan akaun yang telah didaftarkan. Jika tiada akaun dengan MyEG, anda perlu Create An Account atau Daftar Masuk terlebih dahulu;
  3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada anda ingin semak saman polis, JPJ atau lain-lain.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan butang Semak.
  5. Maklumat berkaitan saman yang tertunggak akan dipaparkan. Anda juga boleh memilih untuk menyelesaikan tunggakan saman dengan membayar saman secara online.
  6. Selain semak saman polis secara online, anda juga boleh muat turun aplikasi check saman MyEG di Google Play Store untuk memudahkan urusan semakan saman anda melalui aplikasi di telefon pintar anda.

Cara Check Saman Melalui Portal JPJ

  1. Layari laman web Jabatan Pengangkutan Jalan
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sahaja atau Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Kenderaan sahaja daripada menu dropdown yang tersedia.
  3. Kemudian, pilih jenis pengenalan diri (cth. Orang Awam Malaysia (MyKad)
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan, kemudian tekan butang Semak
  5. Maklumat berkaitan saman JPJ dan saman AES akan dipaparkan untuk tindakan anda selanjutnya.
  6. Saman JPJ atau saman AES boleh dibayar di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan JPJ atau secara online melalui perkhidmatan e-Services. Secara amnya, saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ terbahagi kepada dua jenis seperti berikut:
    • Saman boleh kompaun – perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam slip saman.
    • Saman tidak boleh dikompaun – hendaklah diselesaikan di mahkamah seperti yang ditetapkan dalam slip saman.

Cara Check Saman RILEK

RILEK merupakan singkatan bagi Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan. Portal interaktif dalam talian milik kerajaan ini merupakan salah satu daripada enam aplikasi utama kerajaan yang bertujuan untuk memberi akses interaktif kepada orang ramai selari dengan inisiatif e-Services. Selain semak saman trafik secara online, portal ini juga membolehkan anda membuat semakan status insolvensi dan saman DBKL.

  1. Layari laman web RILEK
  2. Jika anda pengguna baharu, Daftar Masuk sebagai pengguna
  3. Kemudian Log Masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan;
  4. Klik pada menu Search By, kemudian pilih Semak Saman JPJ atau PDRM;
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Semak.
  6. Pembayaran saman menggunakan portal RILEK boleh dibuat secara online menerusi rangkaian perbankan internet yang tersedia di Malaysia seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Public Bank, RHB Online dan sebagainya.

Cara Check Saman Polis Online (SSO)

Sistem Semakan Online (SSO) merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM bagi membolehkan orang awam membuat semakan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh PDRM. Perkhidmatan ini termasuk semakan status laporan dan siasatan polis, status semakan saman trafik yang belum dijelaskan dan status pengambilan atau kekosongan jawatan yang terkini.

  1. Layari laman web SSO
  2. Daftar Akaun anda terlebih dahulu jika anda merupakan pengguna baharu;
  3. Jika anda telah mempunyai akaun sedia ada, Log Masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan anda yang telah ditetapkan;
  4. Klik pada butang Status Saman untuk membuat semakan saman menerusi Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Plat Kenderaan anda.

Cara Check Saman Melalui SMS

Saman polis, saman JPJ atau saman trafik juga boleh disemak melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas atau SMS. Namun begitu, check saman polis melalui SMS tertakluk pada caj perkhidmatan sebanyak 15 sen untuk setiap mesej yang dihantar dan 20 sen bagi setiap mesej yang diterima

Cara Check Saman JPJ dan Check Saman Polis SMS/Semak Saman Polis Melalui IC


Sekiranya anda ingin menggunakan SMS atau semak saman polis melalui ic atau mana-mana saman lain yang tertunggak, berikut merupakan panduan check saman polis melalui SMS untuk rujukan anda:

  • Taip POLISSAMANNombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan Hantar ke 15888 atau 32728.
  • Contoh – POLIS SAMAN CDK1 atau POLIS SAMAN 900301115394
  • Taip JPJSAMANNombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan Hantar ke 15888
  • Contoh – JPJ SAMAN CDK1 atau JPJ SAMAN 900301115394
  • Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan maklumat saman anda secara terperinci melalui e-mel. Perincian saman akan dihantar kepada anda menerusi alamat e-mel yang diberikan:
    • Taip POLISSAMANNombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaanalamat e-mel dan Hantar ke 15888 atau 32728
    • Contoh – POLIS SAMAN CDK1 [email protected] atau POLIS SAMAN 900301115394 [email protected]

Cara Bayar Saman MyBayar

MyBayar Saman merupakan kaedah alternatif yang menyediakan kemudahan pembayaran saman secara online kepada orang ramai. Pengguna boleh membayar kompaun saman trafik melalui aplikasi mudah alih dan portal ini selain kaedah bayaran lain sedia ada. Ia merupakan salah satu inisiatif Jabatan Siasat dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam mewujudkan ekosistem digital yang lebih baik untuk meningkatkan sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan mudah.

Menurut PDRM, pelancaran portal dan aplikasi check saman melalui telefon pintar ini memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membayar saman dengan lebih cepat dan pantas. Selain itu, kaedah ini juga selari dengan dasar kerajaan melalui Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam dan Pelan Pelaksanaan Peningkatan Dalam Talian Kerajaan Secara End to End. Ia juga bertepatan dengan MYDIGITAL yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang 2022.

Cara Daftar MyBayar

Langkah 1: Pendaftaran
Pengguna perlu memasukkan maklumat diri seperti yang diperlukan. Kemudian, isi pengesahan one time password atau nombor OTP untuk membolehkan pengguna log masuk ke dalam portal atau aplikasi berkenaan.

  1. Tekan butang Daftar Pengguna Baharu;
  2. Isi maklumat peribadi;
  3. Terima dan dan masukkan pengesahan OTP di telefon bimbit;
  4. Log masuk Portal/Aplikasi MyBayar Saman.

Langkah 2: Semakan
Setelah selesai pendaftaran dan log masuk, pengguna boleh semak saman polis, trafik atau JPJ yang tertunggak atau perlu dibayar. Selain itu, pengguna aplikasi check saman ini juga akan menerima pemberitahuan saman sekiranya terdapat saman baharu yang dikeluarkan kepada pengguna.

  1. Log Masuk Portal/Aplikasi MyBayar Saman
  2. Tekan butang Semakan pada menu utama
  3. Butiran saman akan dipaparkan untuk rujukan anda.

Langkah 3: Pembayaran
Pengguna boleh memilih kaedah pembayaran yang disediakan secara online tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan. Selain itu, pengguna aplikasi check saman ini juga boleh melakukan semakan sejarah transaksi di bahagian aktiviti.

  1. Tekan butang Bayar Saman di butiran saman
  2. Bagi pengguna aplikasi, tekan butang Saman di bahagian menu utama;
  3. Semak dan pilih saman yang hendak dibayar
  4. Pilih mod bayaran dan tekan butang Bayar
  5. Butiran transaksi pembayaran akan dipaparkan.

Untuk mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, anda boleh melayari Portal MyBayar atau muat turun aplikasi check saman MyBayar Saman melalui Google Play Store dan Apple Apps Store. Selain itu, pengguna juga boleh melayari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi dan portal MyBayar Saman.

6 thoughts on “SEMAK SAMAN POLIS MELALUI IC : RUJUK DISINI”

Leave a Comment